Thursday, February 14, 2008

Menapak ke tempat kerja

Disebabkan kereta aku masuk garage, terpaksa lah naik tren pergi kerja.

Kena keluar rumah sejam dari biasa sebab kena naik bas, turun bas, naik tren, turun tren, lepas tu bas lagi...baru boleh sampai tempat kerja.

Disebabkan tren awal, tak la sesak sangat. Banyak ruang untuk merasa selesa.

Apabila sampai jer kat Birchwood stesen, aku turun dengan konfiden dan terus beratur untuk menunggu shuttle bas nak ke Chadwick House.

Aku pernah naik bas ni dulu, free... tak payah tunjuk pas ka, ticket ka - tapi kali ni macam sudah jatuh di timpa tangga.

Bila bas sampai aku naik dengan selamba. Tau-tau mamat driver tanya mintak bas pass aku, alamak... mana ada. Aku tanya, bole beli tiket ka? Dengan kerek dia suruh aku turun.

Sebab opis aku tengah-tengah hutan, memang tak ada bas lain... Selepas bertanya kat pegawai stesen tren tu agak-agak jalan mana nak menapak ker opis aku, aku pun mengatur langkah seribu.

Aku pernah dengar orang kata ada short cut nak kesana... aku mana tau. Phone number budak-budak opis dalam handphone lagi satu...

Puas aku redah, main masuk lorong sana, masuk lorong sini...semua salah.

Aku pon tekad, patah balik, ikut jalan motorway... mak datuk, dah la malam tadi frost, rumput semua basah, tak ada proper walkway pulak tu.

Aku main sembarang jer, lintas-lintas jalan. Lori besar-besar beb...ish...

Lebih kurang sejam setengah aku menapak, sampai jugak kat opis. Kasut basah, peluh gila, dah lama nak menapak jauh-jauh. Penat ya-amat... menyumpah aku pagi-pagi.

4 comments:

Anonymous said...

ohohohohoho anggaplah sebagai senaman mengempiskan perut ye abg din

Roti Kacang Merah said...

kalau wa la kena jalan jejauh macenggitu kat m'sia, wa dah call for mc dah for the day, beb.

DIN said...

faz, tak bebaloi nak mc, keluar rumah pukul 6.30. sampai opis 9.30, kalau nak patah balik, sampai rumah dah tegahari.....ish...tak bebaloi...

amacam? zunar sebuk menolong calon mana?

Anonymous said...

Tak kempis kempis pun perut tu?