Saturday, March 29, 2008

Garam

Salah satu yang tak best dalam pelbagai benda lain yang best bila berjalan kat tempat orang ialah banyak benda yang kita tak boleh makan.

Punyalah terlioq, dalam banyak kedai-kedai di sekitar paris, ada banyak kedai yang mejual ayam panggang. Aroma harum rosmary and rempah ratus yang digaul bersama ayam menusuk hidung terus ke jantung.

Apa boleh buat, terkebil-kebil ajer la menelan air liuq.

Dalam pada pusing-pusing pasar lambak depan apartment sebelum berangkat pulang, aku tertarik dengan gerai yang menjual garam.

Ambik secolek dua untuk merasa - PEH! Tak pernah tatsebud aku teruja dengan pelbagai jenis garam. Aku beli tiga packet, lima euro. Dah terbayang dalam kepala masa terbang balik ke rumah - ini garam kalau gaul dengan ayam, campak dalam oven mesti power...

Sampai kerumah dalam pukul lima sentengah, terus aku start kereta pi kedai butcher beli ayam dan sedikit sayur-sayuran. Di sebabkan perut amat berkeronchong dan timbul sikap kiasu sikit, habis terhiris hujung jari sikit masa mengupas kulit kentang.

Tapi tak sedikitpun melunturkan semangat aku untuk mencekik ayam panggang malam tu.

Sejam kemudian oven pun berbunyi 'KACHING!'.

Yeay!

1 comment:

kamb3nk said...

kaching dan yay itu membuatkan aku gelak seko2 .. damn u a funny guy