Friday, January 9, 2009

Krismas

Hari ni rakan sekantor bawa lebihan kek buah dan turkish delight dari raya krismas untuk di kongsi bersama.

Pokok krisman plastik atas meja danny pun di ceraikan untuk di simpan kembali dalam kotak.

Kalau pada budaya kita punya lagu-lagu raya untuk memeriahkan suasana perayaan dan membawa kenangan suasana suka-duka, kami di sini tidak kurang dengan budaya yang sama.

Lagu-lagu krisman mula berkumandang dalam sebulan sebelum, dan lebih kerap dimainkan di corong-corong radio seminggu dari tarikh hari raya.

Aku secara tak sengaja punya lagu favourite. Lagu bawah dinyayikan oleg 'The Pogues' bersama Katie Melua. Kualiti video teruk dan penyanyi utama macam pening terlebih telan syaitan tonik. Lagu ni lagu lama, dan jadi kontrovesi dua tahun lepas kerana puak 'riang-ria' mahukan lirik yang menyebut golongan mereka di gelapkan.

No comments: