Banyak cerita balik kampung beraya nak di kongsi bersama. Belum sempat lagi susun segala gambar-gambar tiga minggu jumpa keluarga dan sanak saudara.
Klip ni salah satu dari beribu favourite moment balik beraya. Aku pangkat pak long pada Ismirza, yang dari kecik aku panggil Isme Ulam Raja, cedok dari filim P Ramlee.
Is dari mula pandai bercakap sampai sekarang bercita-cita nak jadik ultraman. Lagu dari klip yang Is nyanyikan tu, by default jadik lagu favourite kakak.
Balik ke UK ni, hari hari tengok berita di kaca TV banyak hebahan tentang the doom and gloom of the economy.
Nasib baik ada clip Is, boleh menghiburkan hati pak long dalam keadaan yang tak menentu ni.
Tuesday, October 14, 2008
Sunday, September 21, 2008
Balik Kampong
Suhu badan kakak naik tinggi dari pagi hari nak berangkat pulang balik kekampung. Sepanjang perjalanan kakak lesu, muntah-muntah dan tak selera makan.
Tujuh jam lepas berlepas dari Manchester, kita orang sampai ke Dubai. Punya-lah ramai manusia tidur begelimpangan sepanjang-panjang lapangan terbang.Effect sebatang cili padi yang aku makan besama ayam madu di atas kapal terbang sudah mula to kick in - kacau betul, ramai jugak orang beratur tunggu giliran nak guna jamban. Lari-lari tandas hujung sana penuh jugak, yang kat sini pun sama juga, panjang barisan-ya. Kena gigit bibir sabar tunggu giliranla nampaknya :)
Lebih kurang 3 jam singgah di Dubai, masa berangkat untuk naik kapal terbang kedua, sambung perjalanan balik kekampung.Tambah lagi tujuh jam lagi perjalanan dari Dubai ke KLIA - kami selamat sampai, kakak rasa segar sikit dan sungguh teruja nampak rombongan kaum keluarga yang dua tahun tak jumpa.

Setengah jam dari KLIA, kami sampai rumah atok dengan wan. Wah..bestnya, atok ada ada private garden baru dengan kolam ikan penuh degan karp jepun tepi pondok kayu. Kolam lagi satu keliling rumah penuh dengan talapia, boleh buat lauk untuk berbuka.
Sunday, September 14, 2008
Buka Puasa
Semalam berbuka puasa dengan keluarga Pak Ali kat rumah Marfin.Lepas makan kurma, kita semua decide sembahyang magrib dahulu, senang - tak payah nak terkejar-kejar, session makan juga tak tergesa-gesa.
Ada kuih pelita. Main course-nya, ikan kering gelama masak lemak nenas (power!), kerabung sotong (ummphh!), dengan ikan skate (adik beradik pari) dan kembung bakar (rockin!). Ada 2-3 jenis cicah dan sambal untuk pelengkap cerita.
Peh, syukur alhamdulillah murah rezeki. A smashin evening with wonderful company.
Ronda-ronda Hari Sabtu
Sarapan pagi sebelum keluar nak meronda pekan, ada carnival kat City Hall. Jenice makan baca doa lagu dia, kakak pon baca doa makan dia.
Sampai City Hall, punya la ramai orang... Firstly naik tinggkat satu collect free t-shirt gambar kera.


Kakak dengan Jenice teruja dapat naik kereta Bomba.
Gambar bawah fotographer City Hall ambik gambar untuk publicity. Kat sini tak boleh sembarang ambik gambar budak-budak, kena mintak permission dengan sign consent forms.

Bila tiba waktu pulang, naik bas duduk kat belakang. Lepas penat main seharian suntuk, kakak take turn dengan Jenice untuk terlentok.
Sampai City Hall, punya la ramai orang... Firstly naik tinggkat satu collect free t-shirt gambar kera.


Kakak dengan Jenice teruja dapat naik kereta Bomba.Gambar bawah fotographer City Hall ambik gambar untuk publicity. Kat sini tak boleh sembarang ambik gambar budak-budak, kena mintak permission dengan sign consent forms.

Bila tiba waktu pulang, naik bas duduk kat belakang. Lepas penat main seharian suntuk, kakak take turn dengan Jenice untuk terlentok.
Saturday, September 13, 2008
Menebas Lalang
Kerja, tinggal kurang seminggu lagi
3 minggu kebelakangan ni lebih sebok dari biasa di tempat kerja. Keretapi yang aku selalu naik terlepas hari ni, kena tunggu yang 20 minit terkemudian dari biasa.
Meeting pertama pagi tadi, conference call dengan Tokyo, duduk keliling meja di bilik mesyuarat utama. Tajuk perbincangan macam-mana mau tackle tema pada talipon siri akan datang.
Lepas meeting pertama, terus masuk meeting kedua. Duduk dalam bilik Rob yang kecik dengan 2 warga Jepun yang diterbangkan dari Sweden. Kena dail in Ed yang sekarang tak cukup nafas di tarik kiri-kanan oleh developer di Beijing. Cakap bercakap hanya sekejap kerna Ed perlu siapkan seribu satu perkara sebelum terbang kembali ke Manchester awal minggu depan.
Projek sekarang ni pelik dari biasa. Peruntukan masa di potong 70%, banyak antara kami sudah book cuti 2-3 bulan awal lagi, jadi banyak petugas terpaksa serah kerja pada penjawat serupa untuk sambung siapkan tugasan.
Aku pon mau balik kampung beraya minggu depan. Banyak lagi yang tak siap dan separuhnya mustahil boleh siap tanpa butiran lengkap. Aduh... pening kepala...
Subscribe to:
Posts (Atom)

