Showing posts with label manchester. Show all posts
Showing posts with label manchester. Show all posts

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430H dari Manchester




Seribu satu cerita dari kemaskini yang terdahulu tak kesempatan untuk di kongsi bersama.
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Tuesday, June 23, 2009

Iranian Berdemo di Manchester


Salah satu sepanduk yang menarik perhatian berbunyi:
'You killed our children, why not kill our President'




Wednesday, June 17, 2009

Monday, April 13, 2009

Halal


Masa mula-mula pindah ke pulau Inggeris ni, kedai halal yang terdekat dengan rumah dalam 30 batu. Pengalaman pertama ke kedai halal naik bas dari depan rumah ambil masa satu hari. Bukan hanya kerana satu bas sejam, sebab dalam perjalanan balik dari pekan Exeter, bas usang dari zaman perang dunia yang kami naiki rosak, dan terpaksa bergerak ter-amat perlahan dari biasa.

Sekarang, bila mendiami bumi Manchester, kedai halal mesepah. Kedai daging halal merata-rata dan ada brand ternama yang meng-halal-kan kedai mereka untuk memenuhi permintaan lebih kurang 10% penduduk Manchester yang ber-ugama Islam.

Apabila disyorkan oleh kepala glocai Manchester, idea yang memang lama bermain di kepala, aku realisasikan.

Perancangan-nya ialah untuk mengumpul and mem-war-warkan tempat-tempat halal sekitar Manchester.

www.halalmanchester.co.uk

Saturday, April 4, 2009

Hasilan talipon terakhir dari Manchester


31 March 2009 - hari terakhir bertugas di ofis Sony Ericsson, Brichwood Park Warrington.

Siapa sangka, sebelum tahun lepas apabila semua berita yang kami terima indah belaka - untung syarikat berlipat ganda dan 200 juta unit talipon terjual - bertukar menjadi petaka apabila tahun lepas syarikat rugi hampir separuh billion dollar amarika.

Aku dapat berita penutupan ofis Manchester pada senja akhir ramadhan sebelum berhari raya di kampung.



Apabila tarikh resmi sudah diumumkan pada semua, proses penutupan dijalankan. Dimana dalam kebayakkan laci meja setiap pekerja punya tidak kurang berpuluh talipon dan aksesori, tong-tong di sediakan di setiap penjuru ofis untuk memudahkan proses pen-nyah-kan harta syarikat.

Satu perkara yang pasti teringat-ingat dalam banyak-banyak benda ialah buah-buahan percuma pada taip-tiap isnin dan khamis.






Sony Ericsson Idou's in landscape mode from Jesus Diaz on Vimeo.

Klip diatas adalah hasilan terakhir dari ofis Sony Ericsson Manchester. InsyaAllah akan berada dipasaran di waktu terdekat ini.

Syukur kehadrat Illahi diberi peluang walau singkat untuk bersama teman-teman untuk menghasilkan produk yang akan dipakai guna di seluruh dunia.

Selamat maju jaya aku ucapkan pada teman sekerja di tokyo, lund dan beijing untuk terus menghasilkan talipon yang mahu terus menambat hati pengguna. Cabaran mendatang bertambah besar dengan kehadiran pencabar baru - android dan bertambah kukuhnya penerimaan iphone di pasaran antarabangsa.

Werl!

Tuesday, February 10, 2009

Anak ayah pandai berenang

Shahadah dapat sijil sabtu lepas lulus tahap pertama kursus berenang tiap-tiap sabtu. Pusat masyarakat depan rumah lokasi kolam renang kakak selama setahun kakak berkursus. Jadi kebiasaan kalau kakak berkerja keras untuk memperbaiki skil renangan, kakak akan dapat jajan cokelat yang akan dikongsi sikit dengan ayah dirumah.

Kakak jugak ada website sendiri.

Tuesday, October 21, 2008

Glocai lagi...

Kat sini entry glocai dulu. Kali ni sekolah tempat teman mengaji dulu menyerta-kan cerita bekas pelajar yang berjaya - semua mat salleh, sorang melayu.

Kalau nak baca cerita tallest erection in Manchester, boleh kesini. Tekan muat turun majalah sesi musim luruh tahun 2008.

Sapa-sapa seantario dunia yang berminat untuk mandapatkan khidmat, sentuhan dan buah fikiran glocai ni kalau ikut kabel siang mahal- tapi kalau ikut kabel yang ni gerenti boleh di runding yuran-nya :)

Sunday, September 14, 2008

Ahad petang bawah pokok cherry

Buka Puasa

Semalam berbuka puasa dengan keluarga Pak Ali kat rumah Marfin.

Lepas makan kurma, kita semua decide sembahyang magrib dahulu, senang - tak payah nak terkejar-kejar, session makan juga tak tergesa-gesa.

Ada kuih pelita. Main course-nya, ikan kering gelama masak lemak nenas (power!), kerabung sotong (ummphh!), dengan ikan skate (adik beradik pari) dan kembung bakar (rockin!). Ada 2-3 jenis cicah dan sambal untuk pelengkap cerita.

Peh, syukur alhamdulillah murah rezeki. A smashin evening with wonderful company.

Ronda-ronda Hari Sabtu

Sarapan pagi sebelum keluar nak meronda pekan, ada carnival kat City Hall. Jenice makan baca doa lagu dia, kakak pon baca doa makan dia.

Sampai City Hall, punya la ramai orang... Firstly naik tinggkat satu collect free t-shirt gambar kera.



Kakak dengan Jenice teruja dapat naik kereta Bomba.

Gambar bawah fotographer City Hall ambik gambar untuk publicity. Kat sini tak boleh sembarang ambik gambar budak-budak, kena mintak permission dengan sign consent forms.





Bila tiba waktu pulang, naik bas duduk kat belakang. Lepas penat main seharian suntuk, kakak take turn dengan Jenice untuk terlentok.

Monday, September 8, 2008

Puasa di Manchester

Bulan puasa bukan satu perkara yang asing buat masyarakat Britain, lebih-lebih lagi macam tempat yang kepadatan penduduk Muslim tinggi macam Manchester.

Siap ada iklan kat gedung-gedung pasaraya, macam kat Malaysia.

Minggu lepas, minggu pertama - buka puasa dekat nak cecah pukul 8 malam. Puasa kat sini main dekat ke musim panas, makin lewat waktu berbuka pada tahun-tahun mendatang.

Thursday, September 4, 2008

Hujan

Tahun lepas di-ishtihar musim panas paling basah dalam sejarah. Berita mutakhir dari pihak pemerintah mengesahkan musim panas tahun ini masih lembap dan basah.

Hujan memang bukan asing lagi pada bumi Inggeris ini, lebih-lebih lagi kalau kat sini. Sunny Manchester, nama aje sunny, tapi matahari selalu menyorok di celah awan.

Sebut pasal hujan, berita dari tanahair meng-khabarkan kekalahan pihak pemerintah di pilihanraya kecik paling besar dalam sejarah adalah faktor hujan.

Aku tak kesah sangat kalau hujan, sebab hujan ka sini tidak ada petir sabung menyabung. Tahun lepas Hujan, band berbakat besar dari Malaysia kemari.

Secara rasmi, musim panas memang sudah sampai penghujung masa. Siap sedia keluarkan balik baju-baju tebal dari dalam gerobok!

Monday, August 25, 2008

Pindah Rumah

Semalam kita tolong mak ayah Syakir pindah rumah. Kami sampai tengahari, mission sudah bermula.

Ramai bilang, kotak kasut - kotak paling banyak :)

Tuan rumah coordinating plan and bagi direction macamana nak ke-sana.

Kakak teruja naik van duduk kat depan.

Kakak tolong tengokkan Iman.

Rumah baru belakang valedrom Manchester (tempat lahirkan wira-wira emas olimpik team GB), dan sebelah Stadium Manchester City.

Kebetulan semalam ada match M City bertemu West Ham, dari rumah kedengaran riuh rendah sorakan dari stadium kelab milik mantan Perdana Menteri Siam. (Result Manchester City 3 - 0 West Ham)

Lan tolong pasang lantai kat loft.


Gambar atas operasi pasang kerusi.

Question: How many people and how long does it takes to put together a fancy sofa? Answers: Many-many man, and very long! hahahaha

Gambar bawah, ahli gotong royong rasmikan kerusi.

Friday, August 8, 2008

Pas Lesen Moto

8.8.08 - tarikh keramat dalam lipatan hidup aku.

Dalam pada umat dunia meraikan upacara pembukaan sukan olimpik, aku gembira kerana lepas lebih kurang 10 tahun naik moto lesen 'L', hari ni aku lulus cemerlang.

Barisan motor untuk tunggangan ujian. Lokasi ujian di pekan Hyde, lebih kurang 8 batu dari pusat bandar Manchester. Kiri kanan kebanyakan rumah warga British keturunan Pakistan.

Bila tiba waktu tengahari, bau kari menyucuk-nyucuk idung dan mengegar sanubari.

Tiga rakan satu batch ambil test bersama.

Dari kiri Gary, Chris, dan Jo (irish pencen yang mahu menghabiskan sisa usia riding dan ronda-ronda)

Dave (Mr Instructor) paling kiri memberi pesan terakhir sebelum test bermula.

Satu milestone besar selamat selesai.

Sunday, July 27, 2008

Air Asam Boi di Musim Panas

Bahang musim panas mula terasa. Nasib baik ada pati asam boy ni... gerek beb! Aku jumpa dekat kedai cina di pekan. Siap ada calit tiga warna ala 'nike' penyesahan buatan Malaysia, di atas tanda Halal pada bahagian tepi kiri labelan botol.

Sekali hirup, megembalikan nostalgia air asam boi yang jadi teman utama nasi ayam singapura untuk juadah tengahari di gerai wisma genting untuk juadah tengahari waktu bekerja di kuala lumpur.

Tuesday, July 8, 2008

zzzzzzz....

In the summer, isyak masuk pukul 11.30 malam, subuh pulak pukul 2.30am and pukul 4.30am dah terang benderang. Kadang-kadang payah sangat nak bersengkang mata nak menunggu masuk waktu. Kakak pun selalu terlentok dan terkangkang lepas penat bergurau.

Sunday, July 6, 2008

Tetamu dari Malaysia

Hari khamis haritu, emaknya kacang merah dan adik-adik dia, plus sorang cousin kat sini datang singgah kerumah. Too bad, tak dapat berjumpa dengan bapaknya sebab kereta tak muat.

Terima kasih kerana sudi singgah, dalam jadual bertandang ke UK dalam waktu yang singkat dan aktiviti yang padat.

Tuesday, July 1, 2008

Cerita dari isteri bekas Prime Minister

Ada banyak cerita menarik dalam buku tulisan Cherie Blair. Kisah-kisah disebalik tabir semasa Tony menjadi perdana menteri. Banyak juga lawak jenaka di sulam dalam perbagai cerita.

Ramai juga pemberita menghentam bila mengulas hasilan-nya. Rata-rata mereka bilang cik puan banyak pecah tembelang, dan tak malu mendedahkan kisah-kisah dulu.

Kalau hujung minggu bila kepekan untuk membeli buku kakak di Waterstone, aku ambik peluang dengan muka selamba baca free sambil duduk selesa.

Sunday, June 8, 2008

Sunday Carboot

Salah satu aktiviti paling popular bagi masyarakat Malaysia setempat atau yang datang melawat ialah pergi berbelanja atau cuci mata di carboot sale, tempat barang-barang terpakai di jual dengan murah sekali.

Marfin dan isteri mengambil peluang melapangkan loteng dengan unloading banyak barang-barang lama, pingan mangkuk, lamp shade dan pasu-pasu kaca.


Cuaca hari ini cantek sekali, summer akhirnya menjelma dengan angin dingin yang sepoi-sepoi bahasa.

Tambah 'kick' pagi yang terang lagi menyegarkan dada ini dapat hirup teh tarik sambil melihat gelagat pengunjung bertali arus melihat-lihat barang yang mana berkenan di hati.

Thursday, June 5, 2008

Lontong

Tiap-tiap sabtu musim persekolahan disini ada kelas istimewa di sekolah Malaysia di pekan Manchester.

Sambil anak-anak kecil belajar di dalam kelas tentang ugama, bahasa dan budaya, ada banyak warung makanan Malaysia di kantin sekolah yang jadi tempat menjamu selera dan juga tempat menge-teh warga kita sambil bertukar-tukar cerita.

Dalam banyak-banyak makanan yang lazat-lazat belaka, lontong yang memang menjadi kegemaran dari kecil dan kuih lopis bergula melaka - meninggalkan kesan yang medalam di dalam dada.

Walau jauh beribu batu, kebanyakan kita masih tegar sukakan apa yang digemari terdahulu.