Saturday, February 9, 2008

Berbulu tahap dewa...

Kereta aku buat hal lagi...Start meragam semalam. Semalam turn aku bawak kereta pegi semayang Jumaat. Ada 4 kutu Warington naik sekali.

Masuk M62, perah, punya perah, kereta tak pegi jugak. Lori 50 tan potong dengan senyum jer. Aduh... aku cakap dalam hati - dia buat hal lagi ni...

Hari sabtu yang cantek, satu pagi aku pusing town carik workshop (orang sini panggil garage).

Dapat sebut harga, tiga-empat rat..mak oii, dekat sama harga tiket kapal terbang balik Malaya. Memang suey btul....

Ibu segala ubat


Kakak tegolek tadi. Lepas turun dari kereta, terus berlari kepintu rumah, konon-konon nak race sapa sampai dulu.

Seperti kebiasaan selepas tergolek, perlakuan melalak adalah satu cara untuk menzahirkan kesakitan dan malu sebab tak dengar kata.

Tapak tangan calar sikit tergesel tarmac jalan.

Nasib baik ada minyak gamat.

Personally aku ni memang peminat setia minyak gamat, dan akan mensyorkan kegunaannya untuk apa jua situasi.

Gatal - sapu minyak gamat, luka- sapu minyak gamat, terkehel - sapu minyak gamat, terkena minyak panas - sapu minyak gamat, bintat - sapu minyak gamat, lenguh-lenguh bintat - sapu minyak gamat, etc..etc..etc...

Walau beribu batu dari tanah air. Solution-solution popular tetap segar dan hidup subur di bumi asing.

Petua untuk menyusahkan hati

Thursday, February 7, 2008

Tuesday, February 5, 2008

Jendela dunia

Dari 2006, pembaca harian The Atlantic telah berkongsi pemandangan dari jendela serata dunia.

Tak payah nak jauh berjalan, luas pemandangan. Klick zoom in, klick zoom out - kurang sejam dah boleh cover segala pelusuk benua.


Hantar pemandangan jadi jendela korang ker andrew@theatlantic.com, sertakan juga lokasi dan pukul berapa gambar diambil. http://windowviews.theatlantic.com/