Showing posts with label World. Show all posts
Showing posts with label World. Show all posts

Monday, February 2, 2009

Penyatuan Melayu

Banyak cerita kebelakangan ni pelbagai usaha untuk menyatukan melayu. Dalam penyelidikan yang singkat, aku jumpa perbagai rumpun melayu tersebar keserata dunia.

Rentetan dari usaha merdeka lima puluh (M50), dan meminjam dari laungan keramat Mawi - 'werl' aku lahirkan Melayu World.

Sudi mampir, war-warkan pada sahabat handai dan rakan taulan. Dan singgah selalu untuk himpunan baharu.

Monday, January 5, 2009

Kreativity orang di negara Cina

Kawan sekelas masa sekolah dahulu yang sekarang bermastautin di negara cina bilang - kalau makan di 'bufet' pizza hut kat sana, salad hanya boleh ambik sekali aja.

Untuk menghalalkan ambik sekali tapi cukup untuk makan beramai-ramai, dia orang telah memahirkan diri dengan menyusun salad bertingkat-tingkat untuk muat satu piring dengan sekali ambik.



Tawkey kedai pizza hut tak boleh nak kata atau nak larang. Ketinggian 'pagoda' berbeza-beza mengikut kemahiran tukang susun. Secara peribadi, memang aku raspek kreativity dan kemahiran dia orang ni.

Juga di-kabarkan oleh sang teman, kedai-kedai pizza hut megalami kerugian besar dari hasilan-hasilan pagoda salad yang tinggi-tinggi ini setiap kali rombongan datang bertandang nak makan.

Tuesday, December 30, 2008

UNDI SAYA!


Sekitar minggu lepas tiba-tiba dapat idea singa untuk submit ke portal tshirt tidak berbenang (threadless).

Alhamdulliah, mereka rasa singa dua kepala tu kalau dapat cukup undian, akan di cetak di dada tshirt dan di jaja ke seluruh dunia.

Kalau tidak keberatan, click gambar cilik di bawah untuk ke threadless dan sila sudi untuk mengundi saya :)

Two lion heads, a pencil and an idea - Threadless T-shirts, Nude No More

Tuesday, November 4, 2008

Hari ni

Sama ada the biggest upset of American history, atau dapat Presiden dari parti baru...

Thursday, July 17, 2008

Yang paling terer

Don't pray-pray

Tuesday, May 27, 2008

Monday, February 11, 2008

Bagaimana rakyat Amerika berbelanja

Klick untuk gambaran lebih besar. Sumber dari The New York Times.

Tuesday, February 5, 2008

Jendela dunia

Dari 2006, pembaca harian The Atlantic telah berkongsi pemandangan dari jendela serata dunia.

Tak payah nak jauh berjalan, luas pemandangan. Klick zoom in, klick zoom out - kurang sejam dah boleh cover segala pelusuk benua.


Hantar pemandangan jadi jendela korang ker andrew@theatlantic.com, sertakan juga lokasi dan pukul berapa gambar diambil. http://windowviews.theatlantic.com/