Ada sama di puncak menara ialah Kak Teh, salah saorang penghulu rantauan dan bintang tersohor dunia blogsphere.
Dari atas sana, tetamu London seronok dan suka melihat lanskap citi kota kedua terbesar bekas kolonial master negara kita.Selain dari dapat menikmati pemandangan keliling pekan, bicara santai petang sabtu juga di kelilingi pokok-pokok lemon, oak dan zaitun antik dari Tuscany yang beratus tahun umurnya dan £££ beratus ribu paun harga-nya.
Marfin dengan rendah diri berkongsi cerita gembira diberi peluang untuk menyumbang kederat dan idea reka cipta, kepada wujudnya The Pride Erection of Manchester.
Bila mahu direfer sebagai contoh melayu Glokal, Marfin menyatakan dia kurang selesa... dia bilang dia lebih senang dengan jolokkan Glocai (global macai)
Syabas Marfin, jadi teladan dan inspirasi kepada anak bangsa, juga angkat martabat negara di mata dunia.Untuk artikel Star, TEKAN SINI
Untuk koleksi fotografi, TEKAN SINI
Nota: Selain terer bikin bangunan tinggi-tinggi. Mafrin dan isteri mahsyur di kalangan teman-teman dengan skil daging kicap, nasi dagang dan masak-masakan tradisonal negeri. Semuga ente suami isteri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.







































