Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, April 13, 2009

Halal


Masa mula-mula pindah ke pulau Inggeris ni, kedai halal yang terdekat dengan rumah dalam 30 batu. Pengalaman pertama ke kedai halal naik bas dari depan rumah ambil masa satu hari. Bukan hanya kerana satu bas sejam, sebab dalam perjalanan balik dari pekan Exeter, bas usang dari zaman perang dunia yang kami naiki rosak, dan terpaksa bergerak ter-amat perlahan dari biasa.

Sekarang, bila mendiami bumi Manchester, kedai halal mesepah. Kedai daging halal merata-rata dan ada brand ternama yang meng-halal-kan kedai mereka untuk memenuhi permintaan lebih kurang 10% penduduk Manchester yang ber-ugama Islam.

Apabila disyorkan oleh kepala glocai Manchester, idea yang memang lama bermain di kepala, aku realisasikan.

Perancangan-nya ialah untuk mengumpul and mem-war-warkan tempat-tempat halal sekitar Manchester.

www.halalmanchester.co.uk

Monday, January 5, 2009

Kreativity orang di negara Cina

Kawan sekelas masa sekolah dahulu yang sekarang bermastautin di negara cina bilang - kalau makan di 'bufet' pizza hut kat sana, salad hanya boleh ambik sekali aja.

Untuk menghalalkan ambik sekali tapi cukup untuk makan beramai-ramai, dia orang telah memahirkan diri dengan menyusun salad bertingkat-tingkat untuk muat satu piring dengan sekali ambik.



Tawkey kedai pizza hut tak boleh nak kata atau nak larang. Ketinggian 'pagoda' berbeza-beza mengikut kemahiran tukang susun. Secara peribadi, memang aku raspek kreativity dan kemahiran dia orang ni.

Juga di-kabarkan oleh sang teman, kedai-kedai pizza hut megalami kerugian besar dari hasilan-hasilan pagoda salad yang tinggi-tinggi ini setiap kali rombongan datang bertandang nak makan.

Saturday, November 1, 2008

Nasi Padang Capital Cafe

This is possibly my MOST favorite place in KL. The shop is as old as Kuala Lumpur.

AMAZING food, rustic place and I hope it stays that way.





Wednesday, September 10, 2008

Kuih Lopis

Pagi-pagi masuk kerja hari ni teringat-ingat pulak kuih lopis yang Dee bawak minggu lepas untuk berbuka, masa tenggokan Syakir.

Ciss...

(Gambar chilok dari Google - kuih sebenar dah dalam perut dan kluar balik)

Saturday, August 2, 2008

Sessi Nasi Padang bersama YB

Orang tua bilang, tempat jatuh lagi dikenang, dan sambungan dari pepatah popular itu - inikan lagi tempat favourite aku mencekik.

Seberang jalan dari tempat aku first jumpa umi (SOGO), is one of my favourite nasi padang joint ever. Dalam Kedai Makan Capitol - kedai kopitiam cina yang dikongsi dengan mamak rojak dan apek yang juga terkenal dengan mee hailam-nya.


Dalam salah satu dari banyak tugas tak rasmi aku ialah pembantu kepada YB Zulkifli Noordin - Yang Berkhidmat untuk Kulim Bandar Baru, yang juga salah saorang Peguam kepada Pak Syeh.

6557 batu (10552 km) dari Manchester, YB Zul (gambar atas yang tiba dengan kapchai) dan beberapa kenalan berpakat untuk 'makan bagi pihak aku' kat sana.

Antara yang turut serta ialah penghulu warga Malaysia di Dubai - Fudzail dan Affandy (juga bertugas di UAE) dan Rosaini.

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku balik untuk berhari raya dalam 6 minggu lagi. Sudah tentu salah satu tempat utama mahu kutuju ialah kesitu!

Thursday, July 31, 2008

Sarapan pagi yang hambar

2 ketul oatibix - mungkin baik untuk kesihatan, tapi kurang baik untuk menaikkan moral di pagi hari. Banyak yang sedap-sedap berbisa. Sigh...

Buka email pagi ini, saorang sahabat yang bekerja di dubai sedang bercuti di malaysia dan mahu pusing-pusing satu peninsula untuk jalan-jalan cari makan.

Saya disini juga 'cari makan'. Lauknya aja yang berbeza-beza.

Sunday, July 13, 2008

Jiran kami yang paling dekat

Walaupun ramai warga Malaysia yang duduk di Manchester, tapi kebanyakan mereka tertumpu di kawasan sebelah utara.

Iskandar, Ros dan anak-anak ialah jiran Malaysian kami yang terdekat, dalam 10 minit jalan kaki dan lebih kurang 3 minit berkereta.

Hari Ahad minggu lepas Iskandar jemput kami sekeluarga untuk menjamu selera panggangan segar yang amat popular di musim summer di sini. Walaupun, musim panas kali ini agak mengecewakan - asyik hujan, pada Ahad tempoh hari matahari muncul kejap-kejap untuk menceriakan tengahari.

Iskandar dan isteri, kami makan sambil menonton Wimbledon final on the telly.


Bila bersiap untuk balik, Ros tapaukan lagi panggangan untuk dibawa pulang. Gambar bawah, Kakak dengan Imran - anak sulung Is. Terima kasih daun keladi...

Sunday, June 29, 2008

Seafood Galore

Aku bawak umi keluar dinner beberapa minggu lepas. Kira-kira macam belated anniversary dinner la gitu, and also mid way to birthday dinner lump up together :)

Kita pergi ka seafood restaurant Livebait di tengah pekan, mengadap Albert Square. Since peluang macam ni datang sekali sekala, aku bagi tau umi, bleh order apa-apa aje dari menu - jangan risau harga-nya.

Kita start dengan scallop dan shrimp di salut salmon. Di susuli dengan sedozen fresh oyster, yang menjilat siku. Hidangan utama ialah lobster di panggang degan herba dan butter. Isinya manis, tambah teruja ialah bila berketip-ketip dengan clipper nak keluarkan isi dari sepit.




Manisan penutup cerita ialah toffee puding dan apple crepe buat pelengkap dinner. Overall, it was one of the nicest dinner, especially the scallop - maklumlah first time rasa. Syukur Alhamdulliah


Saturday, May 31, 2008

Burger tengahari sabtu

Sesiapa yang suka-kan burger badut berambut merah dan berstoken belang pasti keciwa jika ke britain kerana ianya tidak halal.

Tapi rahmat berantau di sini ialah patty-patty daging senang dan meluas boleh dibeli dimana-mana.

Hari ini tekak terasa mau pekena burger. Aku toastkan lightly rotinya, ku hiris juga extra mature cheese dan ku cholek-cholek coleman mustard di antara dua daging burger.

Yah, penangan mustard melawaskan rongga hidung dan menyuchuk ke otak - sambil membaca berita di tengahari sabtu.

Friday, May 30, 2008

Fish & Chips

Dalam perjalanan balik dari ber-camping kami singgah makan fish & chips. Dari pendapat peribadi, belum ada fish & chips di bumi inggeris yang lebih sedap dari yang pernah dimakan di bumi kiwi. Boleh jadi sedap dahulu hanya mainan memori.

Yang istimewa-nya disini, boleh makan dengan 'mushy peas'. Memang jadi kebiasaan bila berjalan, bawa sekali dalam beg sos tomato sebotol.


Tuesday, May 27, 2008

Perihal sambal dan globalisasi

Setelah beberapa kali di ajukan soalan oleh teman sekerja bila mau bawa sambal untuk di rasa, akhirnya hari ini sampai rezeki mereka.

Semalam ada bank holiday - cuti extra, masa masak nasi lemak untuk makan keluarga sendiri, aku tumiskan sambal di periuk kecil untuk di bawa ke tempat kerja. Atam adik ku kembang setuju bangun pukul 4 pagi untuk tolong goreng mihun puteh untuk di makan bersama sambal kosong.

Tepat jam 12 tengahari, aku hangatkan meehun dan sambal di microwave pantry.

Aku hanya sempat ambil gambar sekeping buat memori, mat saleh laju serupa melayu mengadap rezeki. Ada yang terbeliak biji mata, tapi rata-rata semua berani mencuba. Terima kasih di aju kepada aku bertalu-talu, ramai yang juga mintak resepi.

Makin dekat jurang pemisahan apa yang kita dengan mereka suka, ini semua gara-gara globalisasi.

Friday, May 16, 2008

Barbie

Pada masa sahabat taulan berdebat di Parlimen Malaysia tentang projek ternakan Babi, kami dia sini minggu lepas menjalankan projek pergi ber-barbie di Bolton Abbey.

Empat keluarga dari England barat utara sudah perpakat beberapa hari sebelumnya dan berencana untuk berkumpul dan berjumpa di sabtu pagi.

Kami pertolak selepas kakak habis dari kelas berenang, perjalanan dengan our 'old bang up banger' mengambil masa dua jam - mungkin lebih singkat dengan kereta lain, tapi pemanduan aku hanya laju sikit dari kura-kura.

Lebih kurang sebelas pagi, sampai ke destinasi. Sudah ramai yang sampai dahulu, tapi syukur masih ada port yang cantek untuk kami memasang kemah, bentang tikar dan memulakan api.


Makanan yang perbagai dari keluarga berbebeza di kumpul di tengah tikar untuk di jamu bersama. Ada sushi, ada kacang botak, ada nasi lemak - sambal udang, sotong dan kerang, ada meehoon, ada karipap, ada pavlova. Ibu Husni bawa bingka ubi buat sendiri.





Menu utama ialah kambing biri-biri muda (lamb), ayam dan sausage di bakar segar di bawah mentari.

Budak-budak bermain bola, badminton dan berlari-lari.




Lepas mencekik kebanyakan kami terlentang macam ular sawa, juga ada bawa radio kecil untuk mendengar liputan F1 dan siaran lansung bola sepak antara Wigan bertemu Manchester.


Dekat dengan kemah, ada sungai cantek jerneh berbatu bata. Kelihatan ramai bermain air, ada juga yang mencuba fly fishing, megoyang-goyang kail dan melontar umpan tinggi ke udara.



Rasa seronok dan gembira duduk-duduk sambil bertukar-tukar cerita.

Bila Ahad tiba ke-penhujungnya, kami berkemas-kemas untuk kembali, satu keluarga ke Liverpool dan tiga keluarga ke Manchester.