Showing posts with label camping. Show all posts
Showing posts with label camping. Show all posts

Saturday, August 23, 2008

Jemuran

Khemah yang basah dari ekspedisi 2 minggu lepas masih belum kering.

Cuaca pagi sabtu ni nampak menggalakkan, kelihatan matahari menyinar pagi. Lepas sarapan, aku tebar khemah tepi tingkap dan tebar lagi satu atas kereta. Moga-moga cepat kering cuti hujung minggu ni.


Sunday, August 17, 2008

Camping in the rain

Musim panas tahun ni bukan hanya kurang hangat, tapi asyik hujan.

Rancangan awal untuk berkhemah di pantai Wales kensel, kerana ramalan cuaca yang buruk. Kita decided untuk ke Lake District bersandarkan pengalaman berkemah yang terdahulu.

Lepas khemah berjaya dipacak (dalam hujan), kami dapat tetamu Tan Sri dan Puan Sri yang kebetulan bercuti di Lake District bersama anak dan menantu yang juga warga Manchester.


Kami bermalam dalam ribut, khemah aku senget-sengat di pukul angin. Ramalan cuaca hari Ahad langit lebih terang adalah meleset dan matahari tidak kelihatan.

Sarapan pagi dimasak di anjung khemah untuk mengelak hujan.

Overall, walau hujan dan cuaca kurang menarik, tapak laman penuh dengan khemah pengunjung lain yang sarat dengan anak beranak dan kaum keluarga.


Monday, May 26, 2008

Camping di Lake District

Pengalaman minggu lepas membuka era baru dalam lembaran hidup kami, that was one of the best experience ever!

Destinasi pilihan ialah Lake District, satu dari 14 taman negara di united kingdom. - mahsyur sebagai destinasi pilihan jika mahukan kesegaran, hijauan dan tasik yang memukau deria.



Lepas kemah semua siap dipasang, kami bersila di atas tikar untuk menikmati char key tiau istimewa gorengan marfin, lebih menambah selera makan dengan sambal yang berdesing telinga. Ada juga wantan ranggup yang atam goreng pagi tadi.


Bila matahari hampir terbenam, kami bersiap sedia membuat bara untuk memanggang ayam dan lamb yang berrempah sos lada hitam dan manggo chutney. Kita makan panggangan dengan nasi, ada menu istimewa tambahan - telor masin power!

Aktiviti tambahan ialah tayangan DVD - Golden Compass dalam kemah utama. Di sebabkan space kecik, dan aku take too much space, sampai naik krem peha pusing kesana-pusing kemari, aku decided masuk tidur dalam kemah sendiri.



Ahad pagi cantek sekali, langit cerah, biru menusuk kalbu dan udara segar memenuhi paru-paru.

Kita sarapan hot dog dengan baked beans on toast, lepas jalan-jalan menengok-nengok tasik dan bot.