Dalam siri jelajah pulau Inggeris, HUJAN lebat, puting beliung dan kilat sabung-menyabung telah membasahi bumi keramat Manchester.
Kakak juga amat gumbira bila mendapat berita bahawa HUJAN akan turun. Dalam kereta kakak berkali-kali mengulangi mandrem HUJAN - 'pagi yang gelap, kini sudah terang...' dan 'bila...aku sudah tiada...'
Tapi nasib kurang baik, petaka lokasi HUJAN adalah amat tidak sesuai untuk budak bawah umur, di sebabkan kerajaan Britain amat takut kanak-kanak akan dilanda demam teruk jika berada di dalam lokasi di mana HUJAN akan melanda.
Usaha kakak menutup muka dengan menu supaya tidak dapat dikesan, kurang berjaya. Umi dengan berat hati terpaksa membawa kakak pulang untuk mengelakkan dari demam tersampuk HUJAN.



Selepas lebih kurang sejam menunggu HUJAN seperti yang dijanjikan turun dengan lebatnya. Petir di selang seli dengan angin-angin sepoi bahasa menggamatkan suasa sempit, yang dibanjiri oleh mereka-mereka yang mahukan basah penangan HUJAN. Terbukti hujan tidak mengecewakan.
2 visual dibawah menunjukkan saorang berpangkat atuk yang setelah berkati-kati menelan todi terlena dibuai HUJAN.



HUJAN lebat selama lebih kurang sejam, bukan saja membuatkan kami didalam dewan basah kuyup, lencun ketulang, tetapi hampir-hampir lemas dalam banjir kilat yang melanda.
Sebagai penutup cerita, terima kasih HUJAN dan tukang-tukang yang bekerja untuk memastikan gegak gempita dari tanah ibunda sampai ke Manchester.