Tuesday, January 29, 2008

Satu petang di restoren cina


Tinggal kurang sepuluh hari untuk umat cina beraya.

Salah satu projek suka-suka aku, marfin dengan rina ialah rebranding and renovation satu restoren yang popular di china town manchester.


Logo baru. Mula-mula nak propose yang ganas sikit, rekaan dari inspirasi bibir, kempen dari Stella McCartney. Tapi klient takut, nanti orang ingat makan benda lain pulak. Selang dua tiga kedai down the road ada kedai 'Lips' tempat ramai amoi-amoi siam carik makan.


Marfin dengan rina tengah carik angle cantek.


Alamak beb, tertelan air lioq tengok ketam ni sih...Hot & spicy crab, memang mengancam. Nasib tak baik tak halal. kalau tak memang dah lama kena kerjakan.


Dapur dia orang sempit, aku pulak memang take a lot of space. So paham-paham jer la. Sila ketepi...orang nak buat kerja.


Semua tenaga di dapur di import dari tanah besar. Oati-otai yang memang mahir dan mahsyur di Manchester.


Amoi ni nama betul dia Lim Ah Lek ka apa...tapi nama glamor Abby. Kuala Lipis mari, satu sekolah dengan Datuk Siti Norhaliza. Mengaku former Miss Malaysia...Wallahualam.


Satu kepala £18. Minimum order 2 person. 90% repeated customer under 30 crowd. Memang patut la kena tukar imej, kasik hip skit. Decor sekarang dari zaman jepun dulu.

No comments: