Dalam siri jelajah pulau Inggeris, HUJAN lebat, puting beliung dan kilat sabung-menyabung telah membasahi bumi keramat Manchester.
Kakak juga amat gumbira bila mendapat berita bahawa HUJAN akan turun. Dalam kereta kakak berkali-kali mengulangi mandrem HUJAN - 'pagi yang gelap, kini sudah terang...' dan 'bila...aku sudah tiada...'
Tapi nasib kurang baik, petaka lokasi HUJAN adalah amat tidak sesuai untuk budak bawah umur, di sebabkan kerajaan Britain amat takut kanak-kanak akan dilanda demam teruk jika berada di dalam lokasi di mana HUJAN akan melanda.
Usaha kakak menutup muka dengan menu supaya tidak dapat dikesan, kurang berjaya. Umi dengan berat hati terpaksa membawa kakak pulang untuk mengelakkan dari demam tersampuk HUJAN.
Selepas lebih kurang sejam menunggu HUJAN seperti yang dijanjikan turun dengan lebatnya. Petir di selang seli dengan angin-angin sepoi bahasa menggamatkan suasa sempit, yang dibanjiri oleh mereka-mereka yang mahukan basah penangan HUJAN. Terbukti hujan tidak mengecewakan.
2 visual dibawah menunjukkan saorang berpangkat atuk yang setelah berkati-kati menelan todi terlena dibuai HUJAN.
HUJAN lebat selama lebih kurang sejam, bukan saja membuatkan kami didalam dewan basah kuyup, lencun ketulang, tetapi hampir-hampir lemas dalam banjir kilat yang melanda.
Sebagai penutup cerita, terima kasih HUJAN dan tukang-tukang yang bekerja untuk memastikan gegak gempita dari tanah ibunda sampai ke Manchester.
Friday, April 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
eee..groupie seh, amik gamba ngan hujan! (<--padahal dengki x dpt pegi)
asal lu org x turun london a??
hehehehe...terima kasih aidilfitri keran kau lah yang introduce aku kat HUJAN!
London jauh beno, belanja pun beso nak kesana
haha they're good and nice people as well. Lagu drg even masuk hitz.fm
perfect entry!
sir i would like to ask ur permission to put this article in our blogspot. we will of course acknowledge and link back to you.
let us know
boleh...apa salahnya.
good gig, too bad anak aku bawah umur and was asked to leave.
all the best and good luck.
Din bestnya scene manchester... lama tak layan gig bukan zaman dah tua... aku tengok abp kat online ritu nampak diorang nie main.. boleh main aaaa... ada laa benda bole tengok..boleh dengar
Rock on mate!
Ke mana lagi Hujan melanda Britain?
Mr. S
Mr. S,
Last gig Sheffield, April 5th. Lepas tu balik Malaya. Tak singgah London.
http://hujankeuk.blogspot.com/
harus ke sebut "tak singgah london"?? arrghhh!! X(
Mana soundclip HUJAN? Ada ka?
hmmm.... dah tua rasanye
dh tak follow scene music sedunia
takat2 layan yg mana kuar kt radio je
dgn tidak tau sapa nyanyi nye
tu lah gua ingat betul2 citer pasal hujan
rupa2 nye group HUJAN
cinabeng!
selamat berkenalan di dunia cyber
kawe orghe Kelate
alahai terkena i.!!ingat betul2 la ribut, baru nak sedih kan u. hahha sian kakak.. anyway the last pic is cool.
Kami ada singgah LONDON lahh.... lpas sheffield kami pulang Cardiff, and the next day kami bertolak ke London pula ntuk attend The Star punya interview. 2 hari kami stay di London then baru pulang ke Malaya.... huhu
Thnx semua yang support show dari Liverpool,Cardiff,Manchester, dan Sheffield.....
memand tak sia-sia pjalanan kami sejauh 16000 mile(i think so..) huhuu...
all the photos dah upload kat sini.. feel free to visit n drop some comment here..
http://xosheez.fotopages.com
e-one,
hehee..mmg la korg singgah london, tp x main gig kat london, srupa x yah citre! :D
x pe ah, ada rezki lenkali dpt la tengok hujan lagi..
(nyanyi: oh, hibaaa..)
dapat ambil gambo lagi. dah tu dapat tengok live lak tu uhuhu.
Post a Comment