Friday, January 9, 2009

Krismas

Hari ni rakan sekantor bawa lebihan kek buah dan turkish delight dari raya krismas untuk di kongsi bersama.

Pokok krisman plastik atas meja danny pun di ceraikan untuk di simpan kembali dalam kotak.

Kalau pada budaya kita punya lagu-lagu raya untuk memeriahkan suasana perayaan dan membawa kenangan suasana suka-duka, kami di sini tidak kurang dengan budaya yang sama.

Lagu-lagu krisman mula berkumandang dalam sebulan sebelum, dan lebih kerap dimainkan di corong-corong radio seminggu dari tarikh hari raya.

Aku secara tak sengaja punya lagu favourite. Lagu bawah dinyayikan oleg 'The Pogues' bersama Katie Melua. Kualiti video teruk dan penyanyi utama macam pening terlebih telan syaitan tonik. Lagu ni lagu lama, dan jadi kontrovesi dua tahun lepas kerana puak 'riang-ria' mahukan lirik yang menyebut golongan mereka di gelapkan.

Thursday, January 8, 2009

Hari ni dapat handphone baru

Hari ni dapat prototype phone code name 'kxxxxo' - nama tak boleh bagi tau, gambar pon kena nyorok-nyorok sikit, sudah sign surat rahsia syarikat.

Talipon bimbit sentuhan penuh (full touch) keluaran hujung tahun ni adalah salah satu dari pelbagai mobile lain yang juga lompat kedalam kereta panjang (jump in the band wagon) ala-ala iphone.

Perancangan awal untuk bikin 12 megapixel injin dikecutkan kepada 8 megapixel kamera. Ramai dari kami di kantor tertanya-tanya boleh jual ka ini talipon dalam keadaan persaigan yang tegang (stiff competition) dan kemelesetan ekonomi dunia yang ketara?

Bapa kepada syarikat tempat bekerja 'sony' juga berkeputusan tidak bagi untuk menampal nama 'cybershot' atau 'walkman' pada 'kxxxxo' walaupon punya injin yang sama. Ini kerana takut barang sony tak boleh jalan bila pengguna membeli 'kxxxxo'.

Monday, January 5, 2009

Kreativity orang di negara Cina

Kawan sekelas masa sekolah dahulu yang sekarang bermastautin di negara cina bilang - kalau makan di 'bufet' pizza hut kat sana, salad hanya boleh ambik sekali aja.

Untuk menghalalkan ambik sekali tapi cukup untuk makan beramai-ramai, dia orang telah memahirkan diri dengan menyusun salad bertingkat-tingkat untuk muat satu piring dengan sekali ambik.



Tawkey kedai pizza hut tak boleh nak kata atau nak larang. Ketinggian 'pagoda' berbeza-beza mengikut kemahiran tukang susun. Secara peribadi, memang aku raspek kreativity dan kemahiran dia orang ni.

Juga di-kabarkan oleh sang teman, kedai-kedai pizza hut megalami kerugian besar dari hasilan-hasilan pagoda salad yang tinggi-tinggi ini setiap kali rombongan datang bertandang nak makan.

Tuesday, December 30, 2008

UNDI SAYA!


Sekitar minggu lepas tiba-tiba dapat idea singa untuk submit ke portal tshirt tidak berbenang (threadless).

Alhamdulliah, mereka rasa singa dua kepala tu kalau dapat cukup undian, akan di cetak di dada tshirt dan di jaja ke seluruh dunia.

Kalau tidak keberatan, click gambar cilik di bawah untuk ke threadless dan sila sudi untuk mengundi saya :)

Two lion heads, a pencil and an idea - Threadless T-shirts, Nude No More

Sunday, December 28, 2008

Studio sebelah cafe


Dulu duduk di Jati, panjat bukit jalan kaki ke studio sebelah cafe.

Abang Anuar yang jaga cafe, suka senyum tersipu-sipu. Studio aku ada jaring-jaring besi, takut barang kena rembat.

Tak semua dalam gambar ni dapat habis bersama. Separuh kena hantar ke negara kiwi, sambung mengaji dengan biri-biri.

Dalam ramai-ramai tu, sorang tak habis mengaji. Dulu asyik batuk, sebab tu kuat minum ubat batuk :) Sekarang dah jadi towkay batik agak-nya.

Sunday, December 14, 2008

Jacklyn Victor Jatuh Tergolek

Orang tua bilang, tak baik ketawakan orang, lebih-lebih lagi kalau orang tu di timpa malang.

BUT...

This is wayyyy funny!