Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430H dari Manchester




Seribu satu cerita dari kemaskini yang terdahulu tak kesempatan untuk di kongsi bersama.
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Tuesday, June 23, 2009

Iranian Berdemo di Manchester


Salah satu sepanduk yang menarik perhatian berbunyi:
'You killed our children, why not kill our President'




Wednesday, June 17, 2009

Bat Day

Sunday, June 14, 2009

Kakak Bertindik

Monday, April 13, 2009

Halal


Masa mula-mula pindah ke pulau Inggeris ni, kedai halal yang terdekat dengan rumah dalam 30 batu. Pengalaman pertama ke kedai halal naik bas dari depan rumah ambil masa satu hari. Bukan hanya kerana satu bas sejam, sebab dalam perjalanan balik dari pekan Exeter, bas usang dari zaman perang dunia yang kami naiki rosak, dan terpaksa bergerak ter-amat perlahan dari biasa.

Sekarang, bila mendiami bumi Manchester, kedai halal mesepah. Kedai daging halal merata-rata dan ada brand ternama yang meng-halal-kan kedai mereka untuk memenuhi permintaan lebih kurang 10% penduduk Manchester yang ber-ugama Islam.

Apabila disyorkan oleh kepala glocai Manchester, idea yang memang lama bermain di kepala, aku realisasikan.

Perancangan-nya ialah untuk mengumpul and mem-war-warkan tempat-tempat halal sekitar Manchester.

www.halalmanchester.co.uk

Saturday, April 4, 2009

Hasilan talipon terakhir dari Manchester


31 March 2009 - hari terakhir bertugas di ofis Sony Ericsson, Brichwood Park Warrington.

Siapa sangka, sebelum tahun lepas apabila semua berita yang kami terima indah belaka - untung syarikat berlipat ganda dan 200 juta unit talipon terjual - bertukar menjadi petaka apabila tahun lepas syarikat rugi hampir separuh billion dollar amarika.

Aku dapat berita penutupan ofis Manchester pada senja akhir ramadhan sebelum berhari raya di kampung.



Apabila tarikh resmi sudah diumumkan pada semua, proses penutupan dijalankan. Dimana dalam kebayakkan laci meja setiap pekerja punya tidak kurang berpuluh talipon dan aksesori, tong-tong di sediakan di setiap penjuru ofis untuk memudahkan proses pen-nyah-kan harta syarikat.

Satu perkara yang pasti teringat-ingat dalam banyak-banyak benda ialah buah-buahan percuma pada taip-tiap isnin dan khamis.






Sony Ericsson Idou's in landscape mode from Jesus Diaz on Vimeo.

Klip diatas adalah hasilan terakhir dari ofis Sony Ericsson Manchester. InsyaAllah akan berada dipasaran di waktu terdekat ini.

Syukur kehadrat Illahi diberi peluang walau singkat untuk bersama teman-teman untuk menghasilkan produk yang akan dipakai guna di seluruh dunia.

Selamat maju jaya aku ucapkan pada teman sekerja di tokyo, lund dan beijing untuk terus menghasilkan talipon yang mahu terus menambat hati pengguna. Cabaran mendatang bertambah besar dengan kehadiran pencabar baru - android dan bertambah kukuhnya penerimaan iphone di pasaran antarabangsa.

Werl!

Monday, March 2, 2009

Ulangtahun ke8


Hari ni lapan tahun lepas aku menikah.

Satu milestone besar bagi hampir semua orang. Secara kebetulan kerana umi pernah mengaji di negara kiwi, serupa seperti aku - ramai yang bertanya, jumpa kat sana ka?

Jawapan-nya tidak. First jumpa kat SOGO, Jalan Tuanku Abd Rahman. Masa pulang berhari raya tahun lepas, sempat singgah SOGO. Tunjuk pada kakak, the spot ayah first jumpa umi :)