Monday, February 25, 2008

Jemput-jemput hujung minggu

Bubuh tepung gandum, potong bawang besa kasar-kasar, garam sesedap rasa, tuang air, godak sampai sebati. Goreng dalam kuali.

Kurang setengah jam, dah boleh makan.

Cicah dengan lamb kari lebih lauk malam tadi.

Sunday Meggi

Sunday is so, so special in many ways.

Salah satu kewajipan sunday is my meggi mee breakfast.

2 bungkus meggi kari, bawang putih dan bawang besar ditumis dulu, lepas tu telo sebijon, cili padi secukup rasa.

Peh... heavenly beb...heavenly...

Menu Lunch Tapau Satu Minggu

Isnin: Nasi Lemak sambal sotong & ayam kunyit

Selasa: Sayur lemak lodeh & baguette

Rabu: Asam pedas tenggiri daun kesom & toast

Khamis: Kari ayam & toast

Jumaat: Karipap 15 ketul

Wednesday, February 20, 2008

Panjat tangga ketempat kerja

Sekarang dah nak masuk hujung bulan dua tahun kosong lapan.

Salah satu cita-cita aku hujung tahun lepas ialah untuk mengunakan otot-otot yang ada lebih sikit maklum la... dah masuk kategori otai, senang sagat nak sengal sana, sengal sini.

Strategi aku ialah park jauh-jauh skit. Jadi masa nak menapak ke opis tu mengambil masa lebih dari tahun lepas.

Opis aku kat tingkat lima, jadi tabiat untuk naik lif tahun lepas aku tukar untuk panjat tangga.

Menggigil jugak la kepala lutut mula-mula tu. Baru lima tingkat, bila sampai atas dada rasa macam nak pecah, tercungap-cungap. Siap peluk tiang sebab nak kontrol balance...ish..memang tak fit langsung.

Sekarang ni dah kira steady skit, pancit jugak, tapi kurang dari bulan lepas.

Ada yang rekomen pi masuk gym. Aku paling tak percaya bab gym ni, bukan-nya apa, aku ni malas ya amat. Nanti bayor mahal-mahal, pegi-nya ada 2 kali setahun.

Baik aku panjat tangga, tak kena duit... Yang canteknya kat sini, walau pancit panjat tangga, tak la basah kuyup baju kena mandi peluh... cuma suam-suam susu jer.

Tuesday, February 19, 2008

Friday, February 15, 2008

Light


Do not go gentle into that good night,
Old age should burn and rave at close of day;
Rage, rage against the dying of the light.
Though wise men at their end know dark is right,
Because their words had forked no lightning they
Do not go gentle into that good night.

Good men, the last wave by, crying how bright
Their frail deeds might have danced in a green bay,
Rage, rage against the dying of the light.

Wild men who caught and sang the sun in flight,
And learn, too late, they grieved it on its way,
Do not go gentle into that good night.

Grave men, near death, who see with blinding sight
Blind eyes could blaze like meteors and be gay,
Rage, rage against the dying of the light.

And you, my father, there on the sad height,
Curse, bless me now with your fierce tears, I pray.
Do not go gentle into that good night.
Rage, rage against the dying of the light.

Dylan Thomas

Thursday, February 14, 2008

Transformer

Danny, rakan sekerja aku sangat kemarok dengan transformer. Dia memanifastationkan kecintaan-nya dengan robot-robot dongeng tu dengan topeng ganas satu hari kerja.

Menapak ke tempat kerja

Disebabkan kereta aku masuk garage, terpaksa lah naik tren pergi kerja.

Kena keluar rumah sejam dari biasa sebab kena naik bas, turun bas, naik tren, turun tren, lepas tu bas lagi...baru boleh sampai tempat kerja.

Disebabkan tren awal, tak la sesak sangat. Banyak ruang untuk merasa selesa.

Apabila sampai jer kat Birchwood stesen, aku turun dengan konfiden dan terus beratur untuk menunggu shuttle bas nak ke Chadwick House.

Aku pernah naik bas ni dulu, free... tak payah tunjuk pas ka, ticket ka - tapi kali ni macam sudah jatuh di timpa tangga.

Bila bas sampai aku naik dengan selamba. Tau-tau mamat driver tanya mintak bas pass aku, alamak... mana ada. Aku tanya, bole beli tiket ka? Dengan kerek dia suruh aku turun.

Sebab opis aku tengah-tengah hutan, memang tak ada bas lain... Selepas bertanya kat pegawai stesen tren tu agak-agak jalan mana nak menapak ker opis aku, aku pun mengatur langkah seribu.

Aku pernah dengar orang kata ada short cut nak kesana... aku mana tau. Phone number budak-budak opis dalam handphone lagi satu...

Puas aku redah, main masuk lorong sana, masuk lorong sini...semua salah.

Aku pon tekad, patah balik, ikut jalan motorway... mak datuk, dah la malam tadi frost, rumput semua basah, tak ada proper walkway pulak tu.

Aku main sembarang jer, lintas-lintas jalan. Lori besar-besar beb...ish...

Lebih kurang sejam setengah aku menapak, sampai jugak kat opis. Kasut basah, peluh gila, dah lama nak menapak jauh-jauh. Penat ya-amat... menyumpah aku pagi-pagi.

Wednesday, February 13, 2008

Simple yang susah

Aku suka-kan benda yang simple.

Runga lingkup simple yang aku suka-kan amat luas. Dari makanan simple kegemaran aku, telor goreng dengan kicap, kepada kesimple-an keterampilan diri.

Ni ada contoh pengkarya agong kegemaran aku. Work dia - mak datuk, simple... tapi beb...kalau kau tak ada imu, tak boleh buat... aku dah terai...sekali..sepuluh kali...puluh-puluh kali...
tak dapat nak zahirkan kekonfidenan mamat ni bemain dengan garisan dan negatif / positif.


Dalam bertahun tahun aku mencuba, aku rasa nak menghasilkan benda yang paling simple, adalah benda yang paling susah dalam dunia.

Dulu ada saorang pereka hensem, ala-ala anak mami be-kerja sebumbung dengan aku. Dalam banyak-banyak perkara kurang bijak yang dia buat, salah satunya ialah meng-kategorikan aku sebagai 'master of simplicity'- apara...aku master perut gendut bole la...

Beb, nak tau sapa tru master...ni ha...Evan Hecox

Monday, February 11, 2008

Bagaimana rakyat Amerika berbelanja

Klick untuk gambaran lebih besar. Sumber dari The New York Times.

Sunday, February 10, 2008

Cerita dari utara

Dalam banyak-banyak cerita dongeng dikaca tv, cerita tentang kampung terpencil di Cicely, Alaska adalah cerita yang paling menambat hati. Lawak-lawak bernas dan karektor-karektor selamba - dari angkasawan pencen, doktor yahudi, juruterbang wanita dan beberapa red indian. Karektor favourite aku ialah saorang dj bekas penghuni penjara yang petah berkata-kata.



Bicara tentang cahaya:


Kita buta:

Q: Kenapa ek? A: Belasah jer....

Bersukan dan makan di Manchester

Hari ni, Manchester games 2008.

Pada masa athlit-atlit sedang berentap di dalam dewan dalam acara masing-masing, kami berentap di luar dewan menikmati juadah tradisional seperti nasi lemak, bubur kacang dan teh tarik.


Gambar atas - Umi dan kakak sedang menikmati nasi lemak yang dibawa khas dari Liverpool. Gambar bawah - kakak sedang mengganas dengan bubur kacang mak cik dayang.


Saturday, February 9, 2008

Chak!

Menampal senyuman sekitar Manchester.