Sunday, August 31, 2008

Hari Merdeka sehari sebelum puasa

Bangun pagi dengan sarapan roti bakar dan kopi kaw cap Hang Tuah - kaler hijau. Ni je lah salah satu legasi Tun Tuah, jadi brand kopi - tak melayu hilang di dunia.

Lepas isi perut, Ayah dengan Kakak angkat tangan stail ala Tunku dulu kat Stadium Merdeka jerit Merdeka 3 kali.

Lepas tu Kakak tolong Umi kemas rumah nak menyambut puasa.

Kepada kaum keluarga, sahabat handai dan warga dunia, selamat berpuasa tak kira dimana saja berada.

Saturday, August 30, 2008

Bahtera Merdeka

Merdeka membawa maksud berbeza-beza kepada pelbagai warganegara dan bangsa.

Sini ada beberapa version lagu Bahtera Merdeka.

1. Version Ahmad Jais


2. Version Aishah


3. Version Radio Melayu Asli


4. Version Minah Brunei in Manchester


5. Version Karaoke (kalau pening jangan tengok - bingit telinga)

Tuesday, August 26, 2008

Citizenship in a Republic

“It is not the critic who counts: not the man who points out how the strong man stumbles or where the doer of deeds could have done better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood, who strives valiantly, who errs and comes up short again and again, because there is no effort without error or shortcoming, but who knows the great enthusiasms, the great devotions, who spends himself for a worthy cause; who, at the best, knows, in the end, the triumph of high achievement, and who, at the worst, if he fails, at least he fails while daring greatly, so that his place shall never be with those cold and timid souls who knew neither victory nor defeat.”

President Theodore Roosevelt.

Sorbonne, Paris, April 23, 1910

Monday, August 25, 2008

P44

All the very best to Pak Sheih and freinds.

Pindah Rumah

Semalam kita tolong mak ayah Syakir pindah rumah. Kami sampai tengahari, mission sudah bermula.

Ramai bilang, kotak kasut - kotak paling banyak :)

Tuan rumah coordinating plan and bagi direction macamana nak ke-sana.

Kakak teruja naik van duduk kat depan.

Kakak tolong tengokkan Iman.

Rumah baru belakang valedrom Manchester (tempat lahirkan wira-wira emas olimpik team GB), dan sebelah Stadium Manchester City.

Kebetulan semalam ada match M City bertemu West Ham, dari rumah kedengaran riuh rendah sorakan dari stadium kelab milik mantan Perdana Menteri Siam. (Result Manchester City 3 - 0 West Ham)

Lan tolong pasang lantai kat loft.


Gambar atas operasi pasang kerusi.

Question: How many people and how long does it takes to put together a fancy sofa? Answers: Many-many man, and very long! hahahaha

Gambar bawah, ahli gotong royong rasmikan kerusi.

Saturday, August 23, 2008

Jemuran

Khemah yang basah dari ekspedisi 2 minggu lepas masih belum kering.

Cuaca pagi sabtu ni nampak menggalakkan, kelihatan matahari menyinar pagi. Lepas sarapan, aku tebar khemah tepi tingkap dan tebar lagi satu atas kereta. Moga-moga cepat kering cuti hujung minggu ni.


Wednesday, August 20, 2008

Jemput ke Kebun Mimpi

Dulu masa aku mengaji kat bukit Shah Alam salah saorang yang aku berguru ialah Taqudin.

Walaupun dari segi teknikal, Takudin ni senior aku, bukan cikgu. But hey... kadanag-kadang kalau nak berguru, tak payah tengok ilmu yang tercatat kat paper, tapi nilai dengan ilmu yang tepu didada.

Tak sempat katam mengaji di Bukit Shah Alam, aku di hantar jauh ke hujung dunia, mengaji di tengah kampung biri-biri.

Sapa-sapa yang kelapangan sila mampir ke Galeri Kebun Mimpi untuk Solo Exibition Taquddin.

118 Jalan Cenderai 1, Bangsar
59100 Kuala Lumpur, Malaysia
tel +603 2092 4959

Password

Tiap tiga minggu sekali system admin tempat kerja bagi tau kena reset password untuk komputer. Untuk hamba Allah macam aku yang senang sangat lupa segala bebenda, memang dekat tahap azab nak mengingat dan dekat mati akal apa lagi nama istimewa nak bikin untuk password baru.


Salah satu sebab beli pda mula-mula dulu sebab nak 'consolidate' letak segala password satu tempat. Banyak sangat yang nak kena hafal, empat digit untuk bank card, empat digit untuk creditcard, lebih dari dua password untuk gmail, password portfolio, pelbagai hosting, ebay account, youtube, blog, flickr, picasa, 3 personal handphone number, handphone number umi, password skype, amazon, online banking... peh...

Kalau pda aku kena pau? jem! :)

Sunday, August 17, 2008

Camping in the rain

Musim panas tahun ni bukan hanya kurang hangat, tapi asyik hujan.

Rancangan awal untuk berkhemah di pantai Wales kensel, kerana ramalan cuaca yang buruk. Kita decided untuk ke Lake District bersandarkan pengalaman berkemah yang terdahulu.

Lepas khemah berjaya dipacak (dalam hujan), kami dapat tetamu Tan Sri dan Puan Sri yang kebetulan bercuti di Lake District bersama anak dan menantu yang juga warga Manchester.


Kami bermalam dalam ribut, khemah aku senget-sengat di pukul angin. Ramalan cuaca hari Ahad langit lebih terang adalah meleset dan matahari tidak kelihatan.

Sarapan pagi dimasak di anjung khemah untuk mengelak hujan.

Overall, walau hujan dan cuaca kurang menarik, tapak laman penuh dengan khemah pengunjung lain yang sarat dengan anak beranak dan kaum keluarga.


Saturday, August 16, 2008

The greatest trick of all


The greatest trick the devil ever pulled was convincing the world that he did not exist...

Thursday, August 14, 2008

Friday, August 8, 2008

Pas Lesen Moto

8.8.08 - tarikh keramat dalam lipatan hidup aku.

Dalam pada umat dunia meraikan upacara pembukaan sukan olimpik, aku gembira kerana lepas lebih kurang 10 tahun naik moto lesen 'L', hari ni aku lulus cemerlang.

Barisan motor untuk tunggangan ujian. Lokasi ujian di pekan Hyde, lebih kurang 8 batu dari pusat bandar Manchester. Kiri kanan kebanyakan rumah warga British keturunan Pakistan.

Bila tiba waktu tengahari, bau kari menyucuk-nyucuk idung dan mengegar sanubari.

Tiga rakan satu batch ambil test bersama.

Dari kiri Gary, Chris, dan Jo (irish pencen yang mahu menghabiskan sisa usia riding dan ronda-ronda)

Dave (Mr Instructor) paling kiri memberi pesan terakhir sebelum test bermula.

Satu milestone besar selamat selesai.

Saturday, August 2, 2008

Sessi Nasi Padang bersama YB

Orang tua bilang, tempat jatuh lagi dikenang, dan sambungan dari pepatah popular itu - inikan lagi tempat favourite aku mencekik.

Seberang jalan dari tempat aku first jumpa umi (SOGO), is one of my favourite nasi padang joint ever. Dalam Kedai Makan Capitol - kedai kopitiam cina yang dikongsi dengan mamak rojak dan apek yang juga terkenal dengan mee hailam-nya.


Dalam salah satu dari banyak tugas tak rasmi aku ialah pembantu kepada YB Zulkifli Noordin - Yang Berkhidmat untuk Kulim Bandar Baru, yang juga salah saorang Peguam kepada Pak Syeh.

6557 batu (10552 km) dari Manchester, YB Zul (gambar atas yang tiba dengan kapchai) dan beberapa kenalan berpakat untuk 'makan bagi pihak aku' kat sana.

Antara yang turut serta ialah penghulu warga Malaysia di Dubai - Fudzail dan Affandy (juga bertugas di UAE) dan Rosaini.

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku balik untuk berhari raya dalam 6 minggu lagi. Sudah tentu salah satu tempat utama mahu kutuju ialah kesitu!