Saturday, January 19, 2008

Werl! Kicap paling best dalam dunia.

Inilah brand kicap yang menambat hati dan anak tekak melayu di serata benua. Dari London ke Timbuktu.

Kalau tak ada kicap ni tak boleh jalan beb. Makan nasi mau ada kicap, makan goreng pisang cicah kicap, makan sup mesti ada sambal kicap. Kalau raya, wajib ada ayam kicap. Peh!

Ada orang kata, pompuan mengandung tak digalakkan makan kicap, nanti baby dalam perut keluar hitam! cis...karut, kurafat dan tahyul semata-mata.

Excerpt dari satu lagu popular tahun 70an:
'Hitam manis, yang hitam manis, pandang tak jemu, pandang tak jemu, yang hitam manis, pandang tak jemu'




Tahniah Hj Habhal! Ni lah produk Malaysia paling power dan paling sought after. Made in Johor Baru for the World. The best!

Sapa-sapa yang kat luar tu, kalau tak jumpa kicap ni kat kedai bedekatan, dan nak beli online boleh order kat sini.

No comments: