Saturday, October 18, 2008

Akhir puasa di kampung

Seperti biasa juadah berbuka di kampung lebih istimewa dari menu kami di Manchester.

Yang popular dulu, kini dan agaknya selamanya ialah murtabak, karipap, otak-otak dan apa yang berkenan jika singgah di bazar Ramadhan. Memang seronok berbuka ramai-ramai, korum bertambah hujung minggu bila sanak saudara join berbuka bersama.



Nasib baik rumah atuk belah ayah dengan umi Kakak dekat, boleh beselang seli buka kat sana dengan buka kat sini.



Lagi satu amalan rakyat kota yang kita dapat merasa sekali lagi ialah berbuka puasa di hotel. Walaupun sebenarnya aku rasa 'guilty' bila berbuka kat tempat macam ni. Lauk pauk, kuih muih, berpuluh - kalau tak beratus jenis terhidang, harga sekepala pun boleh tahan - agaknya sekali bayar - sama dengan budget dapur seminggu rakyat negara yang kurang berkemampuan.

Tapi bila dah berbagai benda depan mata, aku bedal aja la... orang belanja - tak baik tolak rezeki kata orang tua.

Masa makan besar haritu, ada band nasyid tolong hiburkan telinga sambil berbuka. Aku perasan dia orang sempat selit-selit tazkirah, tapi aku tengok keliling..semua buat tak pot, hadirin sebok mencekik dan bercerita sesama sendiri.

Warga UK beraya sehari awal dari kami di kampong, walaupon tarikh puasa serentak. Tahun lepas pon sama. Kali ni kami tak cukup sebulan berpuasa, 2 hari bermusafir dalam perjalanan, boleh ganti musim sejuk nanti - sahur waktu sarapan pagi, berbuka waktu makan tengahari :)

6 comments:

Roti Kacang Merah said...

zunar & i had orang belanja berbuka at the EXACTLY the same hotel. with tazkirah. and nasyid. like, BY GOD.

niat tu baik. tapi kalau apa yang disembah takat lalu atas kepala aje, baik la bukak CD nasyid aje. orang nak pi berbuka bayar mahal-mahal untuk enjoy company, kanna.

you ni Din, macam Zunar. buka puasa MESTI ada karipap. karipap. karipap. tak pun, 'coq badak.

sampaikan I pun kena blaja buat karipap sama, tau.

dah besar dah anak dara you two, kan. dah solat jemaah ramai-ramai dah...

DIN said...

hahaha... i kan Lord Karipap of Manchester!

ye lah, shahadah dah besar, mak ayah dia pon dah makin di mamah usia :)

dmystify said...

Isn't Ramadha about controlling your indulgence. Looking at the amount of wastage you find on plates when you 'berbuka puasa' and the exorbitantly high charges impose by the hotels makes you wonder whether the word "ramadhan' has been abused in their advertisements.

Hope all's well with your plans in UK, bro.

DIN said...

Salaam Asri,

Betul sangat tu! Sigh...

As much as I love to eat - and eat LOTS, I absoluty abhor wastefulness.

As for almost always full house Ramadhan buffet (gluttony) at most hotels, well... living in a free economy, everyone is free to come up with ways to maximise profits tapping on anything that sells.

Ehem... we play our part in greasing the wheels of economy with taste and style..hahaha

Anyway, I and family will make the best of the current circumstances in UK, and I hope you, the team and family is enjoying Raya and keeping well.

Rafie said...

Salam aidilfitri bro.

Let me know when u r back in Manchester. Nak RASSA karipap special dari sana.

I'm going to the Creative Pro Expo in London @ Olympia National Hall.

DIN said...

rafie,

i am back in manchester.

do let me know when you plan to come over, the following weekend would be better.

have fun in london.