Showing posts with label marfin. Show all posts
Showing posts with label marfin. Show all posts

Tuesday, October 21, 2008

Glocai lagi...

Kat sini entry glocai dulu. Kali ni sekolah tempat teman mengaji dulu menyerta-kan cerita bekas pelajar yang berjaya - semua mat salleh, sorang melayu.

Kalau nak baca cerita tallest erection in Manchester, boleh kesini. Tekan muat turun majalah sesi musim luruh tahun 2008.

Sapa-sapa seantario dunia yang berminat untuk mandapatkan khidmat, sentuhan dan buah fikiran glocai ni kalau ikut kabel siang mahal- tapi kalau ikut kabel yang ni gerenti boleh di runding yuran-nya :)

Monday, April 28, 2008

Kita panggil Glokal, dia panggil Glocai

Sabtu haritu, lepas buat liputan dan temuramah bintang negara - TUN Mahathir, Choi - tuan reporter suratkabar The Star, ambil pula peluang untuk temuramah bintang Manchester.

Ada sama di puncak menara ialah Kak Teh, salah saorang penghulu rantauan dan bintang tersohor dunia blogsphere.

Dari atas sana, tetamu London seronok dan suka melihat lanskap citi kota kedua terbesar bekas kolonial master negara kita.

Selain dari dapat menikmati pemandangan keliling pekan, bicara santai petang sabtu juga di kelilingi pokok-pokok lemon, oak dan zaitun antik dari Tuscany yang beratus tahun umurnya dan £££ beratus ribu paun harga-nya.

Marfin dengan rendah diri berkongsi cerita gembira diberi peluang untuk menyumbang kederat dan idea reka cipta, kepada wujudnya The Pride Erection of Manchester.

Bila mahu direfer sebagai contoh melayu Glokal, Marfin menyatakan dia kurang selesa... dia bilang dia lebih senang dengan jolokkan Glocai (global macai)

Syabas Marfin, jadi teladan dan inspirasi kepada anak bangsa, juga angkat martabat negara di mata dunia.

Untuk artikel Star, TEKAN SINI
Untuk koleksi fotografi, TEKAN SINI

Nota: Selain terer bikin bangunan tinggi-tinggi. Mafrin dan isteri mahsyur di kalangan teman-teman dengan skil daging kicap, nasi dagang dan masak-masakan tradisonal negeri. Semuga ente suami isteri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sunday, February 10, 2008

Bersukan dan makan di Manchester

Hari ni, Manchester games 2008.

Pada masa athlit-atlit sedang berentap di dalam dewan dalam acara masing-masing, kami berentap di luar dewan menikmati juadah tradisional seperti nasi lemak, bubur kacang dan teh tarik.


Gambar atas - Umi dan kakak sedang menikmati nasi lemak yang dibawa khas dari Liverpool. Gambar bawah - kakak sedang mengganas dengan bubur kacang mak cik dayang.


Tuesday, January 29, 2008

Satu petang di restoren cina


Tinggal kurang sepuluh hari untuk umat cina beraya.

Salah satu projek suka-suka aku, marfin dengan rina ialah rebranding and renovation satu restoren yang popular di china town manchester.


Logo baru. Mula-mula nak propose yang ganas sikit, rekaan dari inspirasi bibir, kempen dari Stella McCartney. Tapi klient takut, nanti orang ingat makan benda lain pulak. Selang dua tiga kedai down the road ada kedai 'Lips' tempat ramai amoi-amoi siam carik makan.


Marfin dengan rina tengah carik angle cantek.


Alamak beb, tertelan air lioq tengok ketam ni sih...Hot & spicy crab, memang mengancam. Nasib tak baik tak halal. kalau tak memang dah lama kena kerjakan.


Dapur dia orang sempit, aku pulak memang take a lot of space. So paham-paham jer la. Sila ketepi...orang nak buat kerja.


Semua tenaga di dapur di import dari tanah besar. Oati-otai yang memang mahir dan mahsyur di Manchester.


Amoi ni nama betul dia Lim Ah Lek ka apa...tapi nama glamor Abby. Kuala Lipis mari, satu sekolah dengan Datuk Siti Norhaliza. Mengaku former Miss Malaysia...Wallahualam.


Satu kepala £18. Minimum order 2 person. 90% repeated customer under 30 crowd. Memang patut la kena tukar imej, kasik hip skit. Decor sekarang dari zaman jepun dulu.