Sunday, June 29, 2008

Seafood Galore

Aku bawak umi keluar dinner beberapa minggu lepas. Kira-kira macam belated anniversary dinner la gitu, and also mid way to birthday dinner lump up together :)

Kita pergi ka seafood restaurant Livebait di tengah pekan, mengadap Albert Square. Since peluang macam ni datang sekali sekala, aku bagi tau umi, bleh order apa-apa aje dari menu - jangan risau harga-nya.

Kita start dengan scallop dan shrimp di salut salmon. Di susuli dengan sedozen fresh oyster, yang menjilat siku. Hidangan utama ialah lobster di panggang degan herba dan butter. Isinya manis, tambah teruja ialah bila berketip-ketip dengan clipper nak keluarkan isi dari sepit.




Manisan penutup cerita ialah toffee puding dan apple crepe buat pelengkap dinner. Overall, it was one of the nicest dinner, especially the scallop - maklumlah first time rasa. Syukur Alhamdulliah


Wednesday, June 25, 2008

Penangan Google

Semalam pagi ada meeting tergempar di tempat kerja. Seram sejuk jugak aku, dah la minggu lepas terima berita 2 talipon yang bertahun di kerjakan dengan jutaan belanja untuk di jual hujung tahun ni kena can.

Lepas berdoyong-doyong beratur ke gedung kosong dalam 15 minit berjalan kaki, masing-masing ambik tempat duduk mengadap screen projecktor.

Bila semua sudah senyap dan duduk dengan selesa, kepala kerja menutup lampu dan mula bercerita. Untuk megelakkan malapetaka dalam urusniaga talipon bimbit pintar di masa terdekat ini, otai-otai dunia - nokia, sony ericsson, samsung, motorola dan LG serta beberapa operator dan chip manufacturer bersetuju untuk bergabung dan menubuhkan Symbian Foundation.

Serentak dia bercerita, sidang akhbar juga berjalan di kota London untuk memberitahu semua akan usahasama ini.

Segala code-code akan didermakan dan nokia keluar belanja EUR 264 juta untuk beli semua saham dalam Symbian untuk juga di dermakan ke foundation. Symbian akan di buka kepada semua.

Kepala kerja bilang, kita ada 200 juta unit talipon berperutkan Symbian - satu dominasi hari ni. Tapi besok tak tentu lagi...


Ini semua persediaan untuk berdepan dengan penangan Google Android.

Kena tabik kutu-kutu kat Google, muda remaja sudah bikin banyak industri rasaksa porak peranda.

http://www.symbianfoundation.org/

Sunday, June 8, 2008

Sunday Carboot

Salah satu aktiviti paling popular bagi masyarakat Malaysia setempat atau yang datang melawat ialah pergi berbelanja atau cuci mata di carboot sale, tempat barang-barang terpakai di jual dengan murah sekali.

Marfin dan isteri mengambil peluang melapangkan loteng dengan unloading banyak barang-barang lama, pingan mangkuk, lamp shade dan pasu-pasu kaca.


Cuaca hari ini cantek sekali, summer akhirnya menjelma dengan angin dingin yang sepoi-sepoi bahasa.

Tambah 'kick' pagi yang terang lagi menyegarkan dada ini dapat hirup teh tarik sambil melihat gelagat pengunjung bertali arus melihat-lihat barang yang mana berkenan di hati.

Thursday, June 5, 2008

Lontong

Tiap-tiap sabtu musim persekolahan disini ada kelas istimewa di sekolah Malaysia di pekan Manchester.

Sambil anak-anak kecil belajar di dalam kelas tentang ugama, bahasa dan budaya, ada banyak warung makanan Malaysia di kantin sekolah yang jadi tempat menjamu selera dan juga tempat menge-teh warga kita sambil bertukar-tukar cerita.

Dalam banyak-banyak makanan yang lazat-lazat belaka, lontong yang memang menjadi kegemaran dari kecil dan kuih lopis bergula melaka - meninggalkan kesan yang medalam di dalam dada.

Walau jauh beribu batu, kebanyakan kita masih tegar sukakan apa yang digemari terdahulu.


Tuesday, June 3, 2008