Showing posts with label UK. Show all posts
Showing posts with label UK. Show all posts

Friday, January 9, 2009

Krismas

Hari ni rakan sekantor bawa lebihan kek buah dan turkish delight dari raya krismas untuk di kongsi bersama.

Pokok krisman plastik atas meja danny pun di ceraikan untuk di simpan kembali dalam kotak.

Kalau pada budaya kita punya lagu-lagu raya untuk memeriahkan suasana perayaan dan membawa kenangan suasana suka-duka, kami di sini tidak kurang dengan budaya yang sama.

Lagu-lagu krisman mula berkumandang dalam sebulan sebelum, dan lebih kerap dimainkan di corong-corong radio seminggu dari tarikh hari raya.

Aku secara tak sengaja punya lagu favourite. Lagu bawah dinyayikan oleg 'The Pogues' bersama Katie Melua. Kualiti video teruk dan penyanyi utama macam pening terlebih telan syaitan tonik. Lagu ni lagu lama, dan jadi kontrovesi dua tahun lepas kerana puak 'riang-ria' mahukan lirik yang menyebut golongan mereka di gelapkan.

Thursday, January 8, 2009

Hari ni dapat handphone baru

Hari ni dapat prototype phone code name 'kxxxxo' - nama tak boleh bagi tau, gambar pon kena nyorok-nyorok sikit, sudah sign surat rahsia syarikat.

Talipon bimbit sentuhan penuh (full touch) keluaran hujung tahun ni adalah salah satu dari pelbagai mobile lain yang juga lompat kedalam kereta panjang (jump in the band wagon) ala-ala iphone.

Perancangan awal untuk bikin 12 megapixel injin dikecutkan kepada 8 megapixel kamera. Ramai dari kami di kantor tertanya-tanya boleh jual ka ini talipon dalam keadaan persaigan yang tegang (stiff competition) dan kemelesetan ekonomi dunia yang ketara?

Bapa kepada syarikat tempat bekerja 'sony' juga berkeputusan tidak bagi untuk menampal nama 'cybershot' atau 'walkman' pada 'kxxxxo' walaupon punya injin yang sama. Ini kerana takut barang sony tak boleh jalan bila pengguna membeli 'kxxxxo'.

Saturday, September 13, 2008

Kerja, tinggal kurang seminggu lagi

3 minggu kebelakangan ni lebih sebok dari biasa di tempat kerja.

Keretapi yang aku selalu naik terlepas hari ni, kena tunggu yang 20 minit terkemudian dari biasa.

Meeting pertama pagi tadi, conference call dengan Tokyo, duduk keliling meja di bilik mesyuarat utama. Tajuk perbincangan macam-mana mau tackle tema pada talipon siri akan datang.

Lepas meeting pertama, terus masuk meeting kedua. Duduk dalam bilik Rob yang kecik dengan 2 warga Jepun yang diterbangkan dari Sweden. Kena dail in Ed yang sekarang tak cukup nafas di tarik kiri-kanan oleh developer di Beijing. Cakap bercakap hanya sekejap kerna Ed perlu siapkan seribu satu perkara sebelum terbang kembali ke Manchester awal minggu depan.

Projek sekarang ni pelik dari biasa. Peruntukan masa di potong 70%, banyak antara kami sudah book cuti 2-3 bulan awal lagi, jadi banyak petugas terpaksa serah kerja pada penjawat serupa untuk sambung siapkan tugasan.

Aku pon mau balik kampung beraya minggu depan. Banyak lagi yang tak siap dan separuhnya mustahil boleh siap tanpa butiran lengkap. Aduh... pening kepala...


Friday, September 12, 2008

Bendera

Bendera kita dengan bendera Amerika

Sebelah kiri bendera UMNO, sebelah kanan bendera Indonesia

Asal usul bendera United Kingdom

Saturday, July 19, 2008

Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ni.

ini untuk mereka-mereka yang belum tengok iklan komando di-raja britain yang memaparkan melayu sebagai pengganas.

hebat.

untuk cedok sikit dari pengalaman bekerja dalam industri menjaja jenama dan barangan (advertising), aku amat tertarik faktor apa untuk creative mereka pilih melayu. banyak negara lain dalam dunia yang amat popular di gambarkan sebagai lagi ganas.

beberapa kemungkinan. (1) paksi durjana (axil of evil) yang lain sudah terlalu biasa... mereka mahu gambaran musuh yang 'fresh', accent yang sedikit eksotic untuk penuntun. (2) mungkin juga dalam pada imej kita yang mudah tersenyum, ramah dan berbudi bahasa tetapi tersirat kebenaran dalam skrip pembuka iklan 'akulah yang paling jahat dalam dunia ni'. (3) mungkin ada kutu melayu dalam creative team di london yang mahu melawak