Saturday, September 13, 2008

Kerja, tinggal kurang seminggu lagi

3 minggu kebelakangan ni lebih sebok dari biasa di tempat kerja.

Keretapi yang aku selalu naik terlepas hari ni, kena tunggu yang 20 minit terkemudian dari biasa.

Meeting pertama pagi tadi, conference call dengan Tokyo, duduk keliling meja di bilik mesyuarat utama. Tajuk perbincangan macam-mana mau tackle tema pada talipon siri akan datang.

Lepas meeting pertama, terus masuk meeting kedua. Duduk dalam bilik Rob yang kecik dengan 2 warga Jepun yang diterbangkan dari Sweden. Kena dail in Ed yang sekarang tak cukup nafas di tarik kiri-kanan oleh developer di Beijing. Cakap bercakap hanya sekejap kerna Ed perlu siapkan seribu satu perkara sebelum terbang kembali ke Manchester awal minggu depan.

Projek sekarang ni pelik dari biasa. Peruntukan masa di potong 70%, banyak antara kami sudah book cuti 2-3 bulan awal lagi, jadi banyak petugas terpaksa serah kerja pada penjawat serupa untuk sambung siapkan tugasan.

Aku pon mau balik kampung beraya minggu depan. Banyak lagi yang tak siap dan separuhnya mustahil boleh siap tanpa butiran lengkap. Aduh... pening kepala...


2 comments:

dmystify said...

jangan pening kepala din, kerja tetap ada dan kerja tak akan habis. Balik Kampung seminggu cukup untuk recharge dan boleh lah habiskan kerja dengan semangat baru.
Lagi pun lallang yang ditebas akan tumbuh lagi tak akan habis-habis pun.

DIN said...

betul sangat tu asri!