Orang tua bilang, tempat jatuh lagi dikenang, dan sambungan dari pepatah popular itu - inikan lagi tempat favourite aku mencekik.
Seberang jalan dari tempat aku first jumpa umi (SOGO), is one of my favourite nasi padang joint ever. Dalam Kedai Makan Capitol - kedai kopitiam cina yang dikongsi dengan mamak rojak dan apek yang juga terkenal dengan mee hailam-nya.
Dalam salah satu dari banyak tugas tak rasmi aku ialah pembantu kepada YB Zulkifli Noordin - Yang Berkhidmat untuk Kulim Bandar Baru, yang juga salah saorang Peguam kepada Pak Syeh.
6557 batu (10552 km) dari Manchester, YB Zul (gambar atas yang tiba dengan kapchai) dan beberapa kenalan berpakat untuk 'makan bagi pihak aku' kat sana.
Antara yang turut serta ialah penghulu warga Malaysia di Dubai - Fudzail dan Affandy (juga bertugas di UAE) dan Rosaini.
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku balik untuk berhari raya dalam 6 minggu lagi. Sudah tentu salah satu tempat utama mahu kutuju ialah kesitu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Din,
You're lookin at future cabinet ministers here, perhaps the guy in the helmet will the Prime minister one day... God's Willing
InsyaAllah, kita semua doa-kan.
:)
Post a Comment