Sunday, September 21, 2008

Balik Kampong

Suhu badan kakak naik tinggi dari pagi hari nak berangkat pulang balik kekampung. Sepanjang perjalanan kakak lesu, muntah-muntah dan tak selera makan.

Tujuh jam lepas berlepas dari Manchester, kita orang sampai ke Dubai. Punya-lah ramai manusia tidur begelimpangan sepanjang-panjang lapangan terbang.

Effect sebatang cili padi yang aku makan besama ayam madu di atas kapal terbang sudah mula to kick in - kacau betul, ramai jugak orang beratur tunggu giliran nak guna jamban. Lari-lari tandas hujung sana penuh jugak, yang kat sini pun sama juga, panjang barisan-ya. Kena gigit bibir sabar tunggu giliranla nampaknya :)

Lebih kurang 3 jam singgah di Dubai, masa berangkat untuk naik kapal terbang kedua, sambung perjalanan balik kekampung.

Tambah lagi tujuh jam lagi perjalanan dari Dubai ke KLIA - kami selamat sampai, kakak rasa segar sikit dan sungguh teruja nampak rombongan kaum keluarga yang dua tahun tak jumpa.


Setengah jam dari KLIA, kami sampai rumah atok dengan wan.

Wah..bestnya, atok ada ada private garden baru dengan kolam ikan penuh degan karp jepun tepi pondok kayu. Kolam lagi satu keliling rumah penuh dengan talapia, boleh buat lauk untuk berbuka.

7 comments:

Roti Kacang Merah said...

hallloooooooooooooooo sleepy heads!!! bangun bangun bangun dah 12.01 kat mesia niiii! hehehehe

nanti jgn lupa minta my no. from KakNgaaaah!

Anonymous said...

ohhh ni kira balik raya kat mesia le ye, kita masa kat mchster 4 taun tak balik2, beraya dgn kawan2 mcch...ok jer..

DIN said...

@ faz, kitorang in the process nak beli sim card sini. will call u once that sorted.

@ anon. tahun ni melayu uk bikin majlis raya kat manchester. so segala melayu dari pelusok pulau britain akan berjumpa kat sekolah malaysia. tapi kitorang raya kat sini la dengan keluarga.

tentangseseorang said...

wohh dah selamat sampai mesia...selamat hari raya!

Atok said...

selamat makan sakan :)
jgn lupa kengkawan yg tak berpeluang :(

DIN said...

@jasdi. selamat hari raya.
@atok. hehehe... slow-slow tok. bulan puasa ni :)

kamal n CO said...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
dari KAMAL.NIRA.ADAM

nanti pekena hidangan raya ingat laa aku kawan hang yg tengah makan kebab raya. Wasalamlu