Thursday, September 4, 2008

Hujan

Tahun lepas di-ishtihar musim panas paling basah dalam sejarah. Berita mutakhir dari pihak pemerintah mengesahkan musim panas tahun ini masih lembap dan basah.

Hujan memang bukan asing lagi pada bumi Inggeris ini, lebih-lebih lagi kalau kat sini. Sunny Manchester, nama aje sunny, tapi matahari selalu menyorok di celah awan.

Sebut pasal hujan, berita dari tanahair meng-khabarkan kekalahan pihak pemerintah di pilihanraya kecik paling besar dalam sejarah adalah faktor hujan.

Aku tak kesah sangat kalau hujan, sebab hujan ka sini tidak ada petir sabung menyabung. Tahun lepas Hujan, band berbakat besar dari Malaysia kemari.

Secara rasmi, musim panas memang sudah sampai penghujung masa. Siap sedia keluarkan balik baju-baju tebal dari dalam gerobok!

4 comments:

dmystify said...

Kat sini di KL pun hujan din. Sampai traffic jam dan banjir dan tanah runtuh. Tapi takpe kita Mat Moto, jambatan banyak, tak kisah...

DIN said...

Asri, betul tu! Kalau hujan boleh nyorok bawah jambatan.

Infact my time riding klang ke kl, siap macam national geographic documentary - lalu hujan, cerah, hujan balik. Kalau KL lebat gila, lalu sampai Subang cerah, lepas tu masuk Shah Alam hujan balik...hahaha

tentangseseorang said...

dipahamkan...bila nak perubahan musim. akan ada ujan selama beberapa hari. tul ke bang din?

DIN said...

jasdy,

tak kira pertukaran musim ka, apa ka... hujan manjang. cuma tak ribut puting beliung jer.