Monday, March 31, 2008

Che

Ernesto Guevara de la Serna atau nama glamer nya Che Guevara, dilahirkan dalam keluarga campuran sepanyol dan irish berdarah bangsawan di Argentina.

Mengikut hikayat sejarah hidup Che, pada masa muda remajanya dia digelar 'Chancho' atau khinzir oleh rakan-rakan sekolah kerana kurang minat untuk mandi dan menukar baju seminggu sekali.

Walaupun berpenyakit semput (asthma) Che amat gemar bermain rugbi. Dia juga menunjukkan sifat gemar membaca dari awal lagi. Rumahnya dipenuhi lebih kurang 3000 buku pelbagai topik dari sastera, filisofi dan karya-karya klasik.

Hasil dari kebijaksanaan-nya, dia mendapat tempat untuk pengajian perubatan di University Beunos Aires. Sebelum tamat pengajian, Che mengambil cuti setahun untuk ronda-ronda bermotosikal menjelajah Amerika Selatan.

Setelah melihat kesengsaraan dan kemiskinan ketara sepanjang pengembaraanya, serta penangan karya Marxist yang ditelaah dengan tekun, membentuk pemikiran bahawa revolusi bersenjata adalah jalan penyelesaian terhadap ketidak seimbangan kekayaan di Amerika Selatan.

Gambar diatas diambil pada tarikh 5 march 1960 oleh jurugambar peribadi Fidel Castro - Korda. Ia diambil semasa upacara pengkebumian mangsa tragedi letupan kapal yang membawa 70 tan bahan letupan dari Belgium di pelabuhan havana yang mengorbankan 81 nyawa warga Cuba.

Gambar itu muncul buat pertama kali untuk tatapan umum pada tahun 1961 di akhbar harian Cuba 'Revolucion' bersempena simposium di mana Che adalah juru ucap utama.



Poster diatas asalnya dicetak oleh Frémez (José Gómez Fresquet), jurureka poster dan graphic designer cuba yang mahsyur. Ia bersempena apabila mendapat berita tentang kematian che. Frémez bersengkang mata semalaman mengasilkan poster untuk upacara memperigati yang akan diadakan di Plaza de la Revolución pada 18 oktober 1967.

Beliau kesuntukan masa dan hanya sempat bermain dengan satu warna - hanya kertas merah. Warna lain tak ada pada waktu dan ketika penghasilan poster. Ini adalah hasilan spontan menggunakan gambar hasilan Korda.

Pengkarya Irish juga mengaku bahawa beliau menghasilkan poster serupa sebelum Che menemui ajal-nya. Dia menghasilkan dalam seratus setiap kali untuk memenuhi permintaan dari puak-puak politik berhaluan kiri dari Ireland, Sepanyol, Perancis dan Belanda.

Guerrillero Heroico - nama yang diberi untuk gambar asal oleh Korda dinobatkan sebagai 'Most - Reproduced - Image in the History of Photography'.

Ia terus menjadi sumber inspirasi di seluruh ceruk dunia. Terpampang didada-dada tshirt, dan poster bilik left winger dimana-mana.

Sebelum menemui ajal, Che berkata kepada tukang hukum yang akan menembaknya:
"Tembaklah aku, wahai pengecut. kau hanya akan membunuh jasadku. semangat aku akan terus hidup sampai bila-bila"

End

Sunday, March 30, 2008

The Big Mac index

22 tahun dahulu editor majalah economics mereka satu indeks ekonomi burger hanya untuk suka-suka atau lawak sesama sendiri. Ia berdasarkan konsep ekonomi tertua: purchasing power parity (PPP).


Big Mac dimakan di 120 negara dunia. Harganya tentu berbeza-beza mengikut nilai matawang negara masing-masing. Dari segi teori, index ini dikatakan lebih tepat untuk mencongak GDP satu kepala tiap-tiap negara kepada USD dari harga pasaran matawang.


Klik jadual harga diatas, untuk gambaran lebih jelas.

Saturday, March 29, 2008

Garam

Salah satu yang tak best dalam pelbagai benda lain yang best bila berjalan kat tempat orang ialah banyak benda yang kita tak boleh makan.

Punyalah terlioq, dalam banyak kedai-kedai di sekitar paris, ada banyak kedai yang mejual ayam panggang. Aroma harum rosmary and rempah ratus yang digaul bersama ayam menusuk hidung terus ke jantung.

Apa boleh buat, terkebil-kebil ajer la menelan air liuq.

Dalam pada pusing-pusing pasar lambak depan apartment sebelum berangkat pulang, aku tertarik dengan gerai yang menjual garam.

Ambik secolek dua untuk merasa - PEH! Tak pernah tatsebud aku teruja dengan pelbagai jenis garam. Aku beli tiga packet, lima euro. Dah terbayang dalam kepala masa terbang balik ke rumah - ini garam kalau gaul dengan ayam, campak dalam oven mesti power...

Sampai kerumah dalam pukul lima sentengah, terus aku start kereta pi kedai butcher beli ayam dan sedikit sayur-sayuran. Di sebabkan perut amat berkeronchong dan timbul sikap kiasu sikit, habis terhiris hujung jari sikit masa mengupas kulit kentang.

Tapi tak sedikitpun melunturkan semangat aku untuk mencekik ayam panggang malam tu.

Sejam kemudian oven pun berbunyi 'KACHING!'.

Yeay!

Monday, March 24, 2008

Saturday, March 22, 2008

Friday, March 21, 2008

Tuesday, March 18, 2008

meRASSA di Denmark & Sweden


Hajat dihati nak menampal banyak lagi...tapi masa nak operasi dilanda ribut salji. Konon-konon dah redah jugak, tapi punya lah kuat ribut, nak bukak mata pun susah, bertubi-tubi kena titik dengan salji.

Dapatla seketul dua, jadik la...


Sebelum tido malam tadi, aku doa mintak reda la ribut, aku nak kena balik pagi-pagi, kalau tak reda mesti semua transport sangkut, tren tak boleh jalan, kapal terbang kena grounded... leceh gila.

Alhamdulillah besok-nya, semua dah reda, dalam pukul 5.30pagi aku lipat-lipat baju lebih kurang, sumbat dalam beg. Cek out dan terus ke stesen keretapi api menuju ke Copenhagen.



Saturday, March 15, 2008

Russell Brand visits Oxford University

That's How People Grow Up





Interview - BBC Culture Show

Cili Padi


Ada banyak mitos-mitos kuno yang menjadi kepercayaan masyarakat terbanyak.

Mat saleh makan roti dengan keju aja, hari-hari cekik fish & chips aje... ini semua kurang benar.

Ramai mat saleh tengahari makan nasik, lebih gemarkan kari dari roti dan yang terbaru...gemarkan cili api.


Thursday, March 13, 2008

Anak Jawa + Melayu

Bila keluar dah besar, bunyi-nya nanti macam ni...

Sunday, March 9, 2008

Laksa Singapura

Dua minggu lepas aku anak beranak degan keluarga Marfin bekunjung ke rumah Frank.

Frank ni dulu tokey restoren Penang Village kat Chinatown in Machester. Sekarang dah pencen dan freelance sebagai penasihat kepada pengusaha kedai makan in town.

Laksa Singapura dia memang POWER. Aku hirup kuah sampai licin. Lepas pekena Laksa, Frank masak Kuey Tiaw pulak...memang PIAU.

Sedappppppppp!

Dim Sum Hujung Minggu


Umi dengan Unty Sam (Aloq Setaq mari...) decided to set hari Sabtu as cooking class day. Sam drop off bahan-bahan, Atam siapkan apa yang perlu untuk gotong royong. Balik daripada swimming lesson, mula operasi persiapan.


Seperti biasa Kakak dengan Jen Jen akan bergotong royong menolong. Unty Sam tunjuk dua - tiga kali apa nak buat, lepas tu budak dua orang tu dah boleh jalan sendiri.

Biasalah budak kecik, ada jugak insiden-insiden merajuk sebab kena kena tegur.

Tugas aku ialah tolong mencekik.

Friday, March 7, 2008

Kereta Ku Buat Hal Lagi

Biasa kalau balik kerja, jalan nak masuk town memang jem.

Semalam, dalam tengah-tengah jem, tiba-tiba aku tak boleh masuk gear. Alamak....dia buat hal lagi!

Aku ni reti bawak jer, tak reti jaga. Habis tu bila nak bawak pun tak boleh. Aku dengan selamba keluar kaki sebelah kat luar pintu sambil mengayuh kereta ketepi.

Talipon Umi mintak bantuan. Kurang sejam Umi sampai dengan bantuan Marfin.

AA menyusul sejam kemudian untuk towing. First time ni aku naik kereta kena tow, kutu AA tu kata macam roller coaster - dia kelentong... tak teruja lagu mana pon.

Instruction dia simple, break bila dia break, dan pasang indicator bila dia nak memusing.

Untuk kali KETIGA kurang dua bulan kereta aku masuk garage yang sama.

Lepas towing ke servis center, kutu AA offer nak drop off aku dengan Umi kat rumah. Since ni last call untuk shif dia, aku ajak makan dinner sekali. Sorry gamba dinner blur gila - melambangkan ke-bebuluan aku dengan kereta aku.

Monday, March 3, 2008

Sweet Melody of Keronchong



Aku lahir kat Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Senggarang tempat BULAN mengambang.

Batu Pahat terkenal dengan Biryani Gam dan kaki dam.



Johor ada apa?

Ada lontong, ada mee bandung. Ada nasi ambeng, ada kuda kepang, ada barongan.

Ada banyak parit - Parit Sulong, Parit Botak, Parit Jawa.

Ada Tanjung Puteri ada Kota Tinggi.

Orang panggil tembikai, kita panggil semangka.

Johor tempat lahir UMNO, tempat keronchong.



Saturday, March 1, 2008

Terima Kasih UMNO


Dalam pada masa rakyat Malaysia sebok berkempen untk menghadapi pilihanraya, aku jugak sebok berkempen di luar negara untuk membela nasib karipap.

Aku ketengahkan karipap supaya tidak tercicir dan terpinggir dalam mengejar kemajuan dalam hidup yang pesat membangun.

Walaupun cuaca yang mengganas dengan angin yang sangat kenchang sampai beberapa kali siap nak melambung kemah jualan aku, tetapi dengan berkat iltizam yang kukuh, aku teruskan berjuang untuk membela nasib karipap.

Ini sejajar degan slogan keris atas kepala aku, kalau korang perasan, yang berbunyi - martabat bangsa gemilang.

Yeay...terima kasih UMNO.