Saturday, March 1, 2008

Terima Kasih UMNO


Dalam pada masa rakyat Malaysia sebok berkempen untk menghadapi pilihanraya, aku jugak sebok berkempen di luar negara untuk membela nasib karipap.

Aku ketengahkan karipap supaya tidak tercicir dan terpinggir dalam mengejar kemajuan dalam hidup yang pesat membangun.

Walaupun cuaca yang mengganas dengan angin yang sangat kenchang sampai beberapa kali siap nak melambung kemah jualan aku, tetapi dengan berkat iltizam yang kukuh, aku teruskan berjuang untuk membela nasib karipap.

Ini sejajar degan slogan keris atas kepala aku, kalau korang perasan, yang berbunyi - martabat bangsa gemilang.

Yeay...terima kasih UMNO.

2 comments:

faz said...

oit oit berapa untung dapat???

balik cuti sebulan kat mesia, pi lah jual kat pasar malam ke apa!

test market. logo dah cun. ada harapan!

DIN said...

kat malaya orang tak heran karipap la..tepi jalan melambak :)

nanti balik nak rassa nasi periuk besar kat kulim!