Ernesto Guevara de la Serna atau nama glamer nya Che Guevara, dilahirkan dalam keluarga campuran sepanyol dan irish berdarah bangsawan di Argentina.
Mengikut hikayat sejarah hidup Che, pada masa muda remajanya dia digelar 'Chancho' atau khinzir oleh rakan-rakan sekolah kerana kurang minat untuk mandi dan menukar baju seminggu sekali.
Walaupun berpenyakit semput (asthma) Che amat gemar bermain rugbi. Dia juga menunjukkan sifat gemar membaca dari awal lagi. Rumahnya dipenuhi lebih kurang 3000 buku pelbagai topik dari sastera, filisofi dan karya-karya klasik.
Hasil dari kebijaksanaan-nya, dia mendapat tempat untuk pengajian perubatan di University Beunos Aires. Sebelum tamat pengajian, Che mengambil cuti setahun untuk ronda-ronda bermotosikal menjelajah Amerika Selatan.
Setelah melihat kesengsaraan dan kemiskinan ketara sepanjang pengembaraanya, serta penangan karya Marxist yang ditelaah dengan tekun, membentuk pemikiran bahawa revolusi bersenjata adalah jalan penyelesaian terhadap ketidak seimbangan kekayaan di Amerika Selatan.
Gambar diatas diambil pada tarikh 5 march 1960 oleh jurugambar peribadi Fidel Castro - Korda. Ia diambil semasa upacara pengkebumian mangsa tragedi letupan kapal yang membawa 70 tan bahan letupan dari Belgium di pelabuhan havana yang mengorbankan 81 nyawa warga Cuba.
Gambar itu muncul buat pertama kali untuk tatapan umum pada tahun 1961 di akhbar harian Cuba 'Revolucion' bersempena simposium di mana Che adalah juru ucap utama.
Poster diatas asalnya dicetak oleh Frémez (José Gómez Fresquet), jurureka poster dan graphic designer cuba yang mahsyur. Ia bersempena apabila mendapat berita tentang kematian che. Frémez bersengkang mata semalaman mengasilkan poster untuk upacara memperigati yang akan diadakan di Plaza de la Revolución pada 18 oktober 1967.
Beliau kesuntukan masa dan hanya sempat bermain dengan satu warna - hanya kertas merah. Warna lain tak ada pada waktu dan ketika penghasilan poster. Ini adalah hasilan spontan menggunakan gambar hasilan Korda.
Pengkarya Irish juga mengaku bahawa beliau menghasilkan poster serupa sebelum Che menemui ajal-nya. Dia menghasilkan dalam seratus setiap kali untuk memenuhi permintaan dari puak-puak politik berhaluan kiri dari Ireland, Sepanyol, Perancis dan Belanda.
Guerrillero Heroico - nama yang diberi untuk gambar asal oleh Korda dinobatkan sebagai 'Most - Reproduced - Image in the History of Photography'.
Ia terus menjadi sumber inspirasi di seluruh ceruk dunia. Terpampang didada-dada tshirt, dan poster bilik left winger dimana-mana.
Sebelum menemui ajal, Che berkata kepada tukang hukum yang akan menembaknya:
"Tembaklah aku, wahai pengecut. kau hanya akan membunuh jasadku. semangat aku akan terus hidup sampai bila-bila"
End
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hooooooooo.....
ko berhaluan kiri rupenye yea atan?
kiri, kanan, depan, belakang,
semua aku bedal jer... janji halal!
:)
hahahah cool .. jgn lupa usha cop sirim/majlis agama islam.. motorcyclist diary -- cerita pasal che .. hohoho mesti mau tgk munya!
Post a Comment