Dari kecil hingga dewasa, minat ke pasar lambak tidak pernah pudar. Kalau kat pekan kelahiran aku di Senggarang, dulu pasar lambak biasanya hari sabtu - dari pagi sampai tengahari. Kalau di Kuala Lumpur, yang paling meriah kat lorong dalam parallel to Jalan Tuanku Abd Rahman.
Jadi dengan izin tuhan, semasa melawat Paris, aku tak lepaskan peluang untuk ke pasar lambak disana. Pendapat peribadi aku, pasar lambak ada adalah epitomi untuk merasa corak hidup masyarakat semasa. Dari pelbagai barang jualan, si pengembara dapat membaca citarasa penduduk tempatan.
Kalau di tanah air, tak sah pasar lambak kalau tak ada kuih seri muka atau ayam percik, di Paris kita dapat lihat pelbagai jenis keju dan roti di jual secara terbuka.
Salah satu barang jualan yang sentisa menarik minat ialah barang-barang segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Segala jualan disusun dengan gaya dan cara yang amat menarik untuk menambat hati pembeli.
Kalau ikutkan hati, banyak benda nak beli, tapi bila pikirkan nak usung kesana kemari - memberatkan beg dibahu, aku pon pikir dua kali. Cuma beli jajan-jajan kecil untuk merasa supaya tidak kempunan dan termimpi-mimpi di kemudian hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hi Din, tak sangka ada blog rupanya..
Post a Comment