
Pada masa tugasan baru ini mengambil masa bukan sedikit, saudara Marfin mencadang agar kita berpiknik on the way kesana. Kalau orang tua kita dulu-dulu bilang, 'menyelam sambil minum air', kami luaskan lagi scopenya.
Pada wajib ada yang hendak diminum (teh tarik dalam flask), bonus-bonus perjalanan adalah nasi lemak, nasi kerabu, kuih seri muka, bingka ubi, kuih tepung gomak dan akhir sekali kuih kegemaran aku seantario dunia - kuih koci (liatnya perrrfect tak lupa minyak-minyaknya, siap dibalut rapi dengan daun pisang).



Semuanya sedap, tak ada beza rasa dari apa yang terdapat dari SANA. Hijau-nya serupa, perisa-nya, empuk-nya, enak-nya semua sama belaka. Mungkin penjamahan ini lebih istimewa, kerana jauh sungguh dari tempat asal usulnya.




Kakak kusyuk mewarna-warna sambil didendang lagu karaoke cina.

Sambil salji, sambil pulang, kita karaoke dalam kereta dengan 'Lambaian Sukma' dendangan salah satu melayu paling terer dalam dunia:
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku berlagu membisik
Tanpa suara namum berbicara
Aku dan kekasihku
Airmata menitis
Airmata menitis dimalam kudus
Bimbang nak berpisah
Resah gelisah aku mencuba
Terangilah jalan
Terangilah jalan sampai(untuk) kesana
Bukan angan-angan
Bukan angan-angan yakin perasaan
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku mencipta rindu dendam
Namun dendam itu
Untuk engkau satu wajah sari ayu
Kerana engkau
Keranalah engkau….
Aku berkelana
2 comments:
Sape yang masak semua kuih ni? terrornya. Sure kat KL people don't know how to make, pergi beli je
food aside, tippin warna merah dan hijau yang anak dara awak bawak tu sungguh cun sekali, saya suka !
percicilan
Post a Comment