Saturday, May 31, 2008

Burger tengahari sabtu

Sesiapa yang suka-kan burger badut berambut merah dan berstoken belang pasti keciwa jika ke britain kerana ianya tidak halal.

Tapi rahmat berantau di sini ialah patty-patty daging senang dan meluas boleh dibeli dimana-mana.

Hari ini tekak terasa mau pekena burger. Aku toastkan lightly rotinya, ku hiris juga extra mature cheese dan ku cholek-cholek coleman mustard di antara dua daging burger.

Yah, penangan mustard melawaskan rongga hidung dan menyuchuk ke otak - sambil membaca berita di tengahari sabtu.

Friday, May 30, 2008

Fish & Chips

Dalam perjalanan balik dari ber-camping kami singgah makan fish & chips. Dari pendapat peribadi, belum ada fish & chips di bumi inggeris yang lebih sedap dari yang pernah dimakan di bumi kiwi. Boleh jadi sedap dahulu hanya mainan memori.

Yang istimewa-nya disini, boleh makan dengan 'mushy peas'. Memang jadi kebiasaan bila berjalan, bawa sekali dalam beg sos tomato sebotol.


Tuesday, May 27, 2008

Why America knows less than ever about the World.

Fantastic analysis.

Perihal sambal dan globalisasi

Setelah beberapa kali di ajukan soalan oleh teman sekerja bila mau bawa sambal untuk di rasa, akhirnya hari ini sampai rezeki mereka.

Semalam ada bank holiday - cuti extra, masa masak nasi lemak untuk makan keluarga sendiri, aku tumiskan sambal di periuk kecil untuk di bawa ke tempat kerja. Atam adik ku kembang setuju bangun pukul 4 pagi untuk tolong goreng mihun puteh untuk di makan bersama sambal kosong.

Tepat jam 12 tengahari, aku hangatkan meehun dan sambal di microwave pantry.

Aku hanya sempat ambil gambar sekeping buat memori, mat saleh laju serupa melayu mengadap rezeki. Ada yang terbeliak biji mata, tapi rata-rata semua berani mencuba. Terima kasih di aju kepada aku bertalu-talu, ramai yang juga mintak resepi.

Makin dekat jurang pemisahan apa yang kita dengan mereka suka, ini semua gara-gara globalisasi.

Monday, May 26, 2008

Camping di Lake District

Pengalaman minggu lepas membuka era baru dalam lembaran hidup kami, that was one of the best experience ever!

Destinasi pilihan ialah Lake District, satu dari 14 taman negara di united kingdom. - mahsyur sebagai destinasi pilihan jika mahukan kesegaran, hijauan dan tasik yang memukau deria.



Lepas kemah semua siap dipasang, kami bersila di atas tikar untuk menikmati char key tiau istimewa gorengan marfin, lebih menambah selera makan dengan sambal yang berdesing telinga. Ada juga wantan ranggup yang atam goreng pagi tadi.


Bila matahari hampir terbenam, kami bersiap sedia membuat bara untuk memanggang ayam dan lamb yang berrempah sos lada hitam dan manggo chutney. Kita makan panggangan dengan nasi, ada menu istimewa tambahan - telor masin power!

Aktiviti tambahan ialah tayangan DVD - Golden Compass dalam kemah utama. Di sebabkan space kecik, dan aku take too much space, sampai naik krem peha pusing kesana-pusing kemari, aku decided masuk tidur dalam kemah sendiri.



Ahad pagi cantek sekali, langit cerah, biru menusuk kalbu dan udara segar memenuhi paru-paru.

Kita sarapan hot dog dengan baked beans on toast, lepas jalan-jalan menengok-nengok tasik dan bot.





Saturday, May 24, 2008

Adapting to New Champions

As economic and political power shifts worldwide, "new champions" are emerging regionally that force us to rethink solutions to global and industry challenges.

Interview dengan anak towkay besi no 1 dunia



Professional, competent. Helping father to run the largest steel company in the world, 4 kali lebih besar to the closest competitor. 10% output steel globally. A-MA-ZING...

Lagu untuk Che

Demi Masa

Friday, May 23, 2008

Manchester Juara

Sebagai warga Manchester, aku tumpang gembira dengan deklarasi juara eropah menumbangkan Chelsea tempoh hari.

Keraian dan pesta sambutan kembali juara eropah di sekat dan tak bagi oleh local authority kerana beberapa hari sebelumnya kera-kera Rangers dari utara sudah bikin porak peranda di tengah city.

Tapi semangat bangga dan gembira warga sini keseluruhanya di zahirkan dengan pelbagai cara, merah sana sini, bendera di atas kereta.

Gambar bawah, Danny - rakan sekerja dengan piala belon tiup sendiri.

Tuesday, May 20, 2008

Sakit Kepala



Kechek Manchester

Jangan terkejut jika menyangka di pulau kecil ini semua bertutur menggunakan bahasa permaisuri. Di sini serupa macam kat sana, lain daerah dan negeri punya dialek yang berbeza-beza.

Link di bawah ada tutorial dari BBC macam mana nak bertutur seperti orang asli.

TEKAN SINI

Friday, May 16, 2008

Handphone untuk askar Singapura

Yang ni di akan di jual dipasaran dengan nama G700, kami di tempat kerja panggil Josephine (kebanyakan hp ada code name wanita).

Josephine dapat tempahan istimewa untuk kegunaan askar Singapura - pulau kecil diselatan Johor ada 300,000 askar simpanan, dan 75,000 askar aktif duty. Untuk sebab baru, pihak management menukar nama Josephine kepada Jody.

http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Armed_Forces

Aku terpaksa mengubah beberapa instruction untuk encek developer megubah beberapa code, supaya Jody tepat spesifikasi dalam membantu soldar-soldar mempertahankan negara.

100,000 unit untuk seratus ribu angkatan besenjata kerajaan Singapura - laut, darat dan udara.

Barbie

Pada masa sahabat taulan berdebat di Parlimen Malaysia tentang projek ternakan Babi, kami dia sini minggu lepas menjalankan projek pergi ber-barbie di Bolton Abbey.

Empat keluarga dari England barat utara sudah perpakat beberapa hari sebelumnya dan berencana untuk berkumpul dan berjumpa di sabtu pagi.

Kami pertolak selepas kakak habis dari kelas berenang, perjalanan dengan our 'old bang up banger' mengambil masa dua jam - mungkin lebih singkat dengan kereta lain, tapi pemanduan aku hanya laju sikit dari kura-kura.

Lebih kurang sebelas pagi, sampai ke destinasi. Sudah ramai yang sampai dahulu, tapi syukur masih ada port yang cantek untuk kami memasang kemah, bentang tikar dan memulakan api.


Makanan yang perbagai dari keluarga berbebeza di kumpul di tengah tikar untuk di jamu bersama. Ada sushi, ada kacang botak, ada nasi lemak - sambal udang, sotong dan kerang, ada meehoon, ada karipap, ada pavlova. Ibu Husni bawa bingka ubi buat sendiri.





Menu utama ialah kambing biri-biri muda (lamb), ayam dan sausage di bakar segar di bawah mentari.

Budak-budak bermain bola, badminton dan berlari-lari.




Lepas mencekik kebanyakan kami terlentang macam ular sawa, juga ada bawa radio kecil untuk mendengar liputan F1 dan siaran lansung bola sepak antara Wigan bertemu Manchester.


Dekat dengan kemah, ada sungai cantek jerneh berbatu bata. Kelihatan ramai bermain air, ada juga yang mencuba fly fishing, megoyang-goyang kail dan melontar umpan tinggi ke udara.



Rasa seronok dan gembira duduk-duduk sambil bertukar-tukar cerita.

Bila Ahad tiba ke-penhujungnya, kami berkemas-kemas untuk kembali, satu keluarga ke Liverpool dan tiga keluarga ke Manchester.

Tuesday, May 13, 2008

K@W

Lebih satu dekad sebelum sekarang, kerja utama aku ialah jadi agen propaganda syarikat besar.



Salah satu dari beribu syarikat propaganda ternama ialah Saatchi & Saatchi, di asaskan oleh dua adik beradik yahudi.

Masa aku mengaji di negara Kiwi, majority kanak-kanak yang aku kenal punya dua cita-cita, yang pertama mahu jadi The All Black - Legenda Rugby, dan yang kedua mahu bekerja di Saatchi & Saatchi.

Clip di atas ialah interview dengan kepala sekarang. Beliau bercerita tentang sikilogi pengguna, kedai apple dan the beauty of being a kiwi.

Sunday, May 11, 2008

Kera dan binatang lain di Zoo Chester


Hari sabtu lepas kita orang anak beranak pergi ke zoo Chester.

Zoo padat dengan pengunjung muda dan tua, kaum keluarga berbondong-bondong mengisi hari Sabtu. Ini kali kedua kakak pergi ke zoo. Kali pertama umur kakak kurang dari dua tahun di petting zoo Perth dalam pulau terbesar di dunia.


Kat sini tak ada apa yng boleh di-pet. Semua jauh di pagar atau dalam sangkar. Tapi semua berbela, tak la nampak haiwan uzur macam tak larat, terlepek duduk di korner. Highlight aku selain kera ialah ular sawa sebesar peha!


Malam sebelumnya Umi bersengkang mata menyediakan bekal untuk kita orang berpiknik lepas penat melihat-lihat haiwan dalam penjara. Quiche sedap, cedok resepi dari buku Jamie Oliver, karipap dan sandwich tuna di susun dalam mengkuk tingkat Habitat jadi santapan utama.



Kakak juga sempat berconteng muka berwarna-warna. Nasib baik kakak tidak lewat untuk menyonteng muka. Sebab tukang conteng nampak agak penat dan lengoh, kanak-kanak yang lebih terkemudian stroke contengan main merosot quality-nya, aku budget dia orang ni mesti main hentam aje, asal ada warna-warna garisan kat muka.




Overall, kami semua gembira, cuaca cantik, zoo pun cantek - binatang-binatang dalam kurungan pon nampak ceria.

Macam-macam ada kat sana. Selain binatang, taman-taman bunga berbagai tema cantek-centek belaka.