Minggu depan ada upacara rasmi di Lund, Sweden untuk mempertontonkan kepada semua warga Sony Ericcson logo baru business unit kami. Logo baru yang dipanggil 'tanda seruan terbalik' oleh teman-teman sekerja adalah hasil kerja aku.
Tiga orang ditugaskan untuk worldwide branding assignment, satu melayu dari Manchester dan dua di Lund. Peserta dari Lund terdiri dari sorang Swedish dan sorang French. Yang Swedes ni lebih selamba dari mamat Frech yang insist untuk kami semua memperdebatkan semua idea, katanya " I'm Frech, we need to argue on everything" - aku pon yang selamba juga, suka ati engkaulah Laurent...
Tapi ada satu bab yang si Laurent ni selamba, selama berjam-jam terkurung di dalam bilik meributkan otak ( brainstroming) dia beberapa kali dengan selamba membuang angin dari lubang bawah dia. Pertama kali dia melepas, aku ingat tak sengaja, lepas dua tiga kali dengan muka toya, angin yang mengeluarkan bunyi yang jelas dan terang kedengaran -aku cakap dalam hati - "kalau ye pon , cover- cover la skit"
Kanteen syarikat di Lund, adalah lebih sempurna dan banyak pilihan dari apa yang kami dapat di Manchester. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah, bila habis makan, semua akan beratur untuk menyusun pinggan dan cawan kembali kedapur untuk di basuh. Segala berjalan dengan teratur.
Saiz kami cuma 5% dari ribuan developer dan pelbagai unit lain-lain, di serata pelusuk dunia. Unit kami agak unik kerana terdapat pelbagai manusia dengan kemahiran berbeza-beza. Dari phsycologist, usability specialist, human interaction expert dan linguist - kerana setiap command dalam talipon perlu di alih bahasa kepada 40 lebih bahasa berbilang bangsa.
Tahun lepas boss besar Sony Ericsson gembira kerana pertama kali-nya kita berjaya jual 100 juta unit talipon bimbit (one-hundred-million-units). Di sebabkan kelembapan ekonomi dunia tahun ini, first quater result yang di umumkan penunjukkan gegaran ketara terhadap permintaan di suruh market utama.
Walau mesyuarat di dalam jajahan Sweden, aku terbang kembali ke Manchester dari capital Norway - Copenhagen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
En Din,
Tahniah! Semoga anak saya bila besar nanti menjadi seorang yang kreatif seperti awak.
Salam
salam zainal,
insyaAllah... dan terima kasih.
kalau kreatif alhamdulilah, yang wajib dia mesti jadi hamba Allah yang taat dengan perintah-Nya, dan juga hormat orang tua.
bukan kah itu doa semua para bapa?
En Din,
Awak di perantauan dan sedang membesarkan anak, samalah jugak saya di sini. Walaupun begitu rasanya cabaran untuk anak2 zaman sekarang yang mendatang sungguh hebat. Takut tak mampu melindungi mereka sehingga mereka cukup dewasa. Masalah sosial anak remaja sekarang kadang2 membuat saya takut sendiri. Ada advice/comments nak diberikan?
Salam
salam zainal,
bak kata pepatah popular - kita hanya merancang, hanya tuhan menentukan.
saya bukan pakar atau arif hendak memberikan nasihat berguna - cuma ikut nasihat-nasihat lama orang tua.
bagi ilmu, selalu tegur dan berpesan-pesan.
saya pun dulu sebelum kahwin - huru -hara!
walau jauh dan lama mana diperantauan - saya ingat pesan Ramli Sarip:'belacan tu, belacan juga!'
saya cuba besarkan dia dalam suasana melayu. saya bercakap melayu di rumah, saya ajar dia mengaji hari-hari bila balik kerja.
kita cerita pasal malaysia, tempat lahir dia.
macam pepatah mat saleh, we do what we can, and hope for the best, dan kita selalu doa dengan big BOSS kat atas sana!
:)
Post a Comment