Tuesday, December 30, 2008

UNDI SAYA!


Sekitar minggu lepas tiba-tiba dapat idea singa untuk submit ke portal tshirt tidak berbenang (threadless).

Alhamdulliah, mereka rasa singa dua kepala tu kalau dapat cukup undian, akan di cetak di dada tshirt dan di jaja ke seluruh dunia.

Kalau tidak keberatan, click gambar cilik di bawah untuk ke threadless dan sila sudi untuk mengundi saya :)

Two lion heads, a pencil and an idea - Threadless T-shirts, Nude No More

Sunday, December 28, 2008

Studio sebelah cafe


Dulu duduk di Jati, panjat bukit jalan kaki ke studio sebelah cafe.

Abang Anuar yang jaga cafe, suka senyum tersipu-sipu. Studio aku ada jaring-jaring besi, takut barang kena rembat.

Tak semua dalam gambar ni dapat habis bersama. Separuh kena hantar ke negara kiwi, sambung mengaji dengan biri-biri.

Dalam ramai-ramai tu, sorang tak habis mengaji. Dulu asyik batuk, sebab tu kuat minum ubat batuk :) Sekarang dah jadi towkay batik agak-nya.

Sunday, December 14, 2008

Jacklyn Victor Jatuh Tergolek

Orang tua bilang, tak baik ketawakan orang, lebih-lebih lagi kalau orang tu di timpa malang.

BUT...

This is wayyyy funny!

Thursday, November 20, 2008

Victorian

Tahun 1989, to quote dari rakan sekelas zaman tu, "skrempeng compared to now" :)

Tuan punya blog dekat barisan belakang, nombor enam dari kiri.

Tuesday, November 4, 2008

Hari ni

Sama ada the biggest upset of American history, atau dapat Presiden dari parti baru...

Saturday, November 1, 2008

Nasi Padang Capital Cafe

This is possibly my MOST favorite place in KL. The shop is as old as Kuala Lumpur.

AMAZING food, rustic place and I hope it stays that way.





Friday, October 31, 2008

Beraya di Kampung

Sambut raya kat kampung mesti lah lagi syok, lebih-lebih lagi bila lama tak jumpa kaum keluarga dan sanak saudara.

Gambar atas Pak Ngah & Mama Myra dengan semua cucu atok dengan Wan. Gambar bawah, kakak dengan atok & wan.



Bagi budak-budak yang paling seronok bila dapat duit raya, lepas balik sembahyang raya, semua tukar-tukar giliran beratur untuk collect duit raya. Ramai nak Pak Tam dengan Mak Tam bagi ££.. hehehe... credit crunch sih... Malaysian Ringgit will do :)


Gambar atas tengah take a break dengan abah dari layan tetamu rumah terbuka atuk, meriah dapat lawatan orang kampung, sanak saudara dan sahabat handai.



Gambar atas ambik dekat pantai Sungai Lurus, Senggarang, Johor - tempat kelahiran ambo dan ada kerang bakar paling best dalam dunia!

Tuesday, October 28, 2008

Tuesday, October 21, 2008

Glocai lagi...

Kat sini entry glocai dulu. Kali ni sekolah tempat teman mengaji dulu menyerta-kan cerita bekas pelajar yang berjaya - semua mat salleh, sorang melayu.

Kalau nak baca cerita tallest erection in Manchester, boleh kesini. Tekan muat turun majalah sesi musim luruh tahun 2008.

Sapa-sapa seantario dunia yang berminat untuk mandapatkan khidmat, sentuhan dan buah fikiran glocai ni kalau ikut kabel siang mahal- tapi kalau ikut kabel yang ni gerenti boleh di runding yuran-nya :)

Saturday, October 18, 2008

Akhir puasa di kampung

Seperti biasa juadah berbuka di kampung lebih istimewa dari menu kami di Manchester.

Yang popular dulu, kini dan agaknya selamanya ialah murtabak, karipap, otak-otak dan apa yang berkenan jika singgah di bazar Ramadhan. Memang seronok berbuka ramai-ramai, korum bertambah hujung minggu bila sanak saudara join berbuka bersama.



Nasib baik rumah atuk belah ayah dengan umi Kakak dekat, boleh beselang seli buka kat sana dengan buka kat sini.



Lagi satu amalan rakyat kota yang kita dapat merasa sekali lagi ialah berbuka puasa di hotel. Walaupun sebenarnya aku rasa 'guilty' bila berbuka kat tempat macam ni. Lauk pauk, kuih muih, berpuluh - kalau tak beratus jenis terhidang, harga sekepala pun boleh tahan - agaknya sekali bayar - sama dengan budget dapur seminggu rakyat negara yang kurang berkemampuan.

Tapi bila dah berbagai benda depan mata, aku bedal aja la... orang belanja - tak baik tolak rezeki kata orang tua.

Masa makan besar haritu, ada band nasyid tolong hiburkan telinga sambil berbuka. Aku perasan dia orang sempat selit-selit tazkirah, tapi aku tengok keliling..semua buat tak pot, hadirin sebok mencekik dan bercerita sesama sendiri.

Warga UK beraya sehari awal dari kami di kampong, walaupon tarikh puasa serentak. Tahun lepas pon sama. Kali ni kami tak cukup sebulan berpuasa, 2 hari bermusafir dalam perjalanan, boleh ganti musim sejuk nanti - sahur waktu sarapan pagi, berbuka waktu makan tengahari :)

Thursday, October 16, 2008

Terima Kasih Abah

Dari dulu aku dengan Umi bergerak memang macam Bat Man & Robin. Sorang naik kereta, sornag naik motor, tapi kali ni masa balik kampung tempohari kita dapat lori dengan motor.

Mula-mula Abah (kakak panggil Abah, aku panggil Abg Haji) bagi kereta lambang bintang buatan Jerman, pakai awal minggu pertama sementara lori (kakak panggil lori, kalau zaman aku mengaji di bumi kiwi dulu kita panggil ute - nama pendek untuk utility, cukup popular di kalangan peladang dan petani) di servis.

Cukup masa untuk pulang kereta lambang bintang, kita isi balik tangki minyak. Punyalah isi sampai nombor pili minyak tu berpusing-pusing banyak digitnya, tapi bila start balik kereta, jarum tangki naik sikit aja... aduh...

Memang best naik naik lori hitam ni, tagline popularnya 'the unbreakable' ada satu episod Top Gear, segala macam lori ni kena hentam, bakar, tinggal semalaman dalam laut - tapi gagah, bila pusing kunci - dia hidup.

Kat atas gambar Abah dengan baby baru kesayangan-nya - motor klasik buat pusing-pusing taman.

Gambar atas, kapchai yang aku pakai di pinjamkan oleh Achik. Sedang bermandi hujan Kuala Lumpur depan kedai Nasi padang.

Mula-mula kekok naik motor kat Kuala Lumpur, tapi bila dapat rentak 'kl style' balik, baru selesa dan cargas ke sana kemari.

Tuesday, October 14, 2008

Isme Ulam Raja

Banyak cerita balik kampung beraya nak di kongsi bersama. Belum sempat lagi susun segala gambar-gambar tiga minggu jumpa keluarga dan sanak saudara.

Klip ni salah satu dari beribu favourite moment balik beraya. Aku pangkat pak long pada Ismirza, yang dari kecik aku panggil Isme Ulam Raja, cedok dari filim P Ramlee.

Is dari mula pandai bercakap sampai sekarang bercita-cita nak jadik ultraman. Lagu dari klip yang Is nyanyikan tu, by default jadik lagu favourite kakak.

Balik ke UK ni, hari hari tengok berita di kaca TV banyak hebahan tentang the doom and gloom of the economy.

Nasib baik ada clip Is, boleh menghiburkan hati pak long dalam keadaan yang tak menentu ni.

Sunday, September 21, 2008

Balik Kampong

Suhu badan kakak naik tinggi dari pagi hari nak berangkat pulang balik kekampung. Sepanjang perjalanan kakak lesu, muntah-muntah dan tak selera makan.

Tujuh jam lepas berlepas dari Manchester, kita orang sampai ke Dubai. Punya-lah ramai manusia tidur begelimpangan sepanjang-panjang lapangan terbang.

Effect sebatang cili padi yang aku makan besama ayam madu di atas kapal terbang sudah mula to kick in - kacau betul, ramai jugak orang beratur tunggu giliran nak guna jamban. Lari-lari tandas hujung sana penuh jugak, yang kat sini pun sama juga, panjang barisan-ya. Kena gigit bibir sabar tunggu giliranla nampaknya :)

Lebih kurang 3 jam singgah di Dubai, masa berangkat untuk naik kapal terbang kedua, sambung perjalanan balik kekampung.

Tambah lagi tujuh jam lagi perjalanan dari Dubai ke KLIA - kami selamat sampai, kakak rasa segar sikit dan sungguh teruja nampak rombongan kaum keluarga yang dua tahun tak jumpa.


Setengah jam dari KLIA, kami sampai rumah atok dengan wan.

Wah..bestnya, atok ada ada private garden baru dengan kolam ikan penuh degan karp jepun tepi pondok kayu. Kolam lagi satu keliling rumah penuh dengan talapia, boleh buat lauk untuk berbuka.

Sunday, September 14, 2008

Ahad petang bawah pokok cherry

Buka Puasa

Semalam berbuka puasa dengan keluarga Pak Ali kat rumah Marfin.

Lepas makan kurma, kita semua decide sembahyang magrib dahulu, senang - tak payah nak terkejar-kejar, session makan juga tak tergesa-gesa.

Ada kuih pelita. Main course-nya, ikan kering gelama masak lemak nenas (power!), kerabung sotong (ummphh!), dengan ikan skate (adik beradik pari) dan kembung bakar (rockin!). Ada 2-3 jenis cicah dan sambal untuk pelengkap cerita.

Peh, syukur alhamdulillah murah rezeki. A smashin evening with wonderful company.

Ronda-ronda Hari Sabtu

Sarapan pagi sebelum keluar nak meronda pekan, ada carnival kat City Hall. Jenice makan baca doa lagu dia, kakak pon baca doa makan dia.

Sampai City Hall, punya la ramai orang... Firstly naik tinggkat satu collect free t-shirt gambar kera.



Kakak dengan Jenice teruja dapat naik kereta Bomba.

Gambar bawah fotographer City Hall ambik gambar untuk publicity. Kat sini tak boleh sembarang ambik gambar budak-budak, kena mintak permission dengan sign consent forms.





Bila tiba waktu pulang, naik bas duduk kat belakang. Lepas penat main seharian suntuk, kakak take turn dengan Jenice untuk terlentok.

Saturday, September 13, 2008

Menebas Lalang

Aku baca berita dari kampung, pihak pemerintah sudah mula menebas lalang yang panjang. Baik-baik menebas, jangan tekena kaki sendiri :)

Kerja, tinggal kurang seminggu lagi

3 minggu kebelakangan ni lebih sebok dari biasa di tempat kerja.

Keretapi yang aku selalu naik terlepas hari ni, kena tunggu yang 20 minit terkemudian dari biasa.

Meeting pertama pagi tadi, conference call dengan Tokyo, duduk keliling meja di bilik mesyuarat utama. Tajuk perbincangan macam-mana mau tackle tema pada talipon siri akan datang.

Lepas meeting pertama, terus masuk meeting kedua. Duduk dalam bilik Rob yang kecik dengan 2 warga Jepun yang diterbangkan dari Sweden. Kena dail in Ed yang sekarang tak cukup nafas di tarik kiri-kanan oleh developer di Beijing. Cakap bercakap hanya sekejap kerna Ed perlu siapkan seribu satu perkara sebelum terbang kembali ke Manchester awal minggu depan.

Projek sekarang ni pelik dari biasa. Peruntukan masa di potong 70%, banyak antara kami sudah book cuti 2-3 bulan awal lagi, jadi banyak petugas terpaksa serah kerja pada penjawat serupa untuk sambung siapkan tugasan.

Aku pon mau balik kampung beraya minggu depan. Banyak lagi yang tak siap dan separuhnya mustahil boleh siap tanpa butiran lengkap. Aduh... pening kepala...