Kereta aku buat hal lagi...Start meragam semalam. Semalam turn aku bawak kereta pegi semayang Jumaat. Ada 4 kutu Warington naik sekali.
Masuk M62, perah, punya perah, kereta tak pegi jugak. Lori 50 tan potong dengan senyum jer. Aduh... aku cakap dalam hati - dia buat hal lagi ni...
Hari sabtu yang cantek, satu pagi aku pusing town carik workshop (orang sini panggil garage).
Dapat sebut harga, tiga-empat rat..mak oii, dekat sama harga tiket kapal terbang balik Malaya. Memang suey btul....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment