
Kena keluar rumah sejam dari biasa sebab kena naik bas, turun bas, naik tren, turun tren, lepas tu bas lagi...baru boleh sampai tempat kerja.
Disebabkan tren awal, tak la sesak sangat. Banyak ruang untuk merasa selesa.

Aku pernah naik bas ni dulu, free... tak payah tunjuk pas ka, ticket ka - tapi kali ni macam sudah jatuh di timpa tangga.
Bila bas sampai aku naik dengan selamba. Tau-tau mamat driver tanya mintak bas pass aku, alamak... mana ada. Aku tanya, bole beli tiket ka? Dengan kerek dia suruh aku turun.
Sebab opis aku tengah-tengah hutan, memang tak ada bas lain... Selepas bertanya kat pegawai stesen tren tu agak-agak jalan mana nak menapak ker opis aku, aku pun mengatur langkah seribu.

Puas aku redah, main masuk lorong sana, masuk lorong sini...semua salah.


Lebih kurang sejam setengah aku menapak, sampai jugak kat opis. Kasut basah, peluh gila, dah lama nak menapak jauh-jauh. Penat ya-amat... menyumpah aku pagi-pagi.

4 comments:
ohohohohoho anggaplah sebagai senaman mengempiskan perut ye abg din
kalau wa la kena jalan jejauh macenggitu kat m'sia, wa dah call for mc dah for the day, beb.
faz, tak bebaloi nak mc, keluar rumah pukul 6.30. sampai opis 9.30, kalau nak patah balik, sampai rumah dah tegahari.....ish...tak bebaloi...
amacam? zunar sebuk menolong calon mana?
Tak kempis kempis pun perut tu?
Post a Comment