Monday, February 4, 2008

RASSA sayang hey!

Petikan dari blog adilfitri:
Pernah seketika dahulu saya berjinak-jinak dengan pergerakan menampal pelekat - sebuah cabang street art, sekiranya istilah itu benar wujud. Reka watak, cetak atas kertas pelekat, merayap dan tampal di ceruk-ceruk urban- “bombing“, kata orang tua-tua. Teknik ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menceburi street art, tapi kurang mahir mengawal picu semburan cat. Ia juga berkesan untuk perletakan yang lebih sulit. Sekiranya “throw-ups” dan “pieces” lebih mengutamakan penerampilan yang lebih menonjol, pelekat adalah berskala lebih “intimate“. Aspek inilah yang menarik bagi saya.

Dengan melekatkan sekeping seni mini di celahan bandar, pada mulanya pasti tampak janggal. Namun bagi saya, sentuhan ini bagai menyatakan pada pelalu-lalang: “hey! sedarkah kamu akan ceruk ini yang kamu tempuhi tiap hari? sedarkah kamu akan benda-benda kecil di sekeliling kamu?“. Sekurangnya, itulah yang dibisikkan sebelum ia diumpil oleh pekerja kebersihan. Tetapi kegiatan ini sudah lama saya tinggalkan. Sebaliknya, rakan-rakan se-”bombing” dulu semakin mahir, semakin terasah bakat mereka (ada yang ke peringkat antarabangsa!). Syabas buat mereka, ketekunan mereka saya kagumi beserta iri.
Bila difikirkan, banyak juga perkara yang saya tinggalkan bersama KL.

Tapi, hey! Di tempat baru, RASSA lah benda baru, kan?

Sila mampir http://adifitri.com/blog/?p=236

London





Manchester

No comments: