Sunday, April 20, 2008

Setengah hari bersama TUN

Nota: Sana sini, serupa saja, now you see it, now you don't!

Perjumpaan antara masyarakat Malaysia setempat dan TUN dilansungkan di sekolah perniagaan university Manchester. Keadaan dalam dewan dan luar dewan penuh sesak dengan kehadiran warga negara yang ingin dengar apa yang hendak di hujahkan oleh TUN sendiri.

Aku juga sungguh excited untuk mengambil peluang bertanya beberapa soalan yang sudah lama terbuku didalam hati.


Sebelum keluar rumah, sudah aku print satu kertas penuh soalan yang sebahagiannya aku kumpul dari teman-teman yang ingin tumpang sekaki.

Dalam pada TUN berbicara tentang cerita-cerita yang sudah puas dan mual aku baca, aku belek-belek list soalan-soalan, ku ubah-ubah nombornya, ku conteng sana, ku conteng sini, untuk mengontotkan yang panjang dan ku circle-kan besar soalan yang paling berkenan di hati.

Sesudah satu setengah jam TUN berbicara, tuan penganjur berbunyi dan memberitahu bahawa setiap kepala yang handir untuk mendengar dan menyoal TUN cuma boleh bertanya dua soalan satu orang.

Aku ada terasa sedikit keciwa, list yang panjang kupotong-potong mancari-cari dua yang utama.

Setelah beberapa pendengar bertanya, tiba giliran aku pula. Kelebihan sedikit aku dari para hadirin yang banyak ialah, aku bukan pelajar tajaan. Aku perkenalkan diri dengan nama penuh dan kenyataan aku ni OKT, merasa sangkar besi di gelita 14.

Soalan pertama, apakah punca utama ketidak sukaan TUN pada mantan timbalan-nya? Kuhujah kes-kes dan pertuduhan yang berjela-jela dan bahan bukti kartun yang di bawa-semua tidak mengena.

Jawapan TUN, adalah seperti memainkan rekod lama. Jelas masih mengotakan prinsip, gemilang, terbilang dan temberang.

Soalan kedua, mengapa tidak diberi ruang pada pihak lawan di arus media massa perdana, mengapa disekat-sekat dan di tutup pada mereka dari sebelah sana untuk berbicara...

TUN bilang, dia hanya pewaris cara dari kepala-kepala kerajaan terdahulu. Tunku tidak berbuat begitu, TUN Razak dan TUN Hussein pon tidak bebuat begitu, habis cerita.




Lepas sejam setengah berbicara, dan sejam setengah menjawab soalan-soalan hadirin, tuan punya majlis pun bersedia untuk menamatkan pertemuan tengahari istimewa ini.

Sudah tentu aku tidak melepaskan peluang untuk merakamkan sekeping dua hari bersejarah untuk kenang-kenangan peribadi.

Biar bangun Malaysia di mata antarabangsa, atau jatuh bangsa Malaysia karena TUN, hakikatnya beliau memang saorang negarawan yang hebat. Dia mahu bangsa dan negara kita berdiri megah konfiden di persana dunia, dia juga mercyless terhadap musuh-musuh yang mahu memanchung kepala-nya.


25 comments:

Unknown said...

Din
Masa Tun ke ofis aku di dubai internet city (DIC) year 2002, aku enggan jumpa Tun walhal aku ditugaskan pengendali lawatan beliau.
Benci masih membara....lagi benci tengom kroni yang dibawanya dan sehari sebelum itu, aku bawak 20 SB keliling DIC...he he he bayangkan salah seorang SB tanya, macam pernah nampak....jawab aku, memang, masa demo reformasi kat TAR!
Apapun, Tun akan tetap Tun....mana nak taubat sampai mati!

Anonymous said...

URGHHHHHH!

I feel so Jelos! You get to a pix with him one on one!
Hidup Din! and Mahathir!

Anonymous said...

You Have to admit Din that this man truly belongs to the league of a great statesmen of his time.

Like all great leaders they sometimes have to be firm with dissentions, unfortunately it may land on an unintended target.

Like what he said many years ago.. There are no Friends nor Foes in Politics, Only common interests that bind us together.

May Allah bless Mahathir for what he has done for this country, and may He forgive him for any mistakes that he has done

Anonymous said...

ini ada lagi kisah tun di manchester

http://malaysiakutercinta.blogspot.com/

Anonymous said...

Assalamualaikum...

seronok membaca catatan saudara dan cara ianya ditulis. Lalu, rasa terpanggil untuk meninggalkan komen :)

oh rupanya saudara OKT! Zaman reformasi di Jalan TAR saya masih lagi pelajar tahun akhir ijazah tetapi tidak ketinggalan mengikuti acara setiap sabtu petang di Jalan TAR itu .. cumanya kerana takut tertangkap saya berada di pinggir2 tempat kejadian dan di waktu2 selepas kejadian. Pada masa itu dpt dilihat selipar2 cicir dan macam2 lagi. Nostalgia :)

Wassalam :p

Anonymous said...

Hi,

just nak tanya, kenapa lepas u tanya soalan, pastuh ade member u (perkenalkan diri kawan din), terus nak tanya yg saya rasakan soalan beliau mesti ade kenemengena dengan soalan u, tp di tahan kerana perlu ikut turn (sy setuju nie klu tidak susahlah org lain nak dpt peluang tanya soalan).. bile Tun dah jawab, maka kawan u ni pon bangun..

soalan beliau dah bertukar lain bunyinya... tidak lagi se'ghairah' sebelum itu? just nak tanya, adakah soalan yg beliau tanya masa itu sama dengan soalan yg beliau akan tanya jika diberi peluang interrogate macam tu?

Kak Teh said...

amboi Din, cepatnya berita. Kak teh sampai pukul 10 malam and masa dok dalam train, dok teringat karipap.

nota untuk Syiah said...

Salam Encik Din

ada tak salinan rakaman audio (mp3) ucapan dialog tun mahathir tempoh hari?

http://karyafansuri.blogspot.com

MS said...

din, jumpa kita kt Manchester sekejap itu memang kita sarat dengan sejarah yang sama. Kini kita perlu bina sejarah baru. muhaiminsulam.blogspot.com

Amin Ahmad said...

Salam sdr Din,

Walaupun saya tak berapa 'berkenan' dgn Tun, saya rasa dia bukan lekeh juga. Tapi cara dia bagi jawapan kepada sdr menyebabkan 'kehebatannya' turun mendadak dari pandangan saya..

Reformasi maju terus!

Anonymous said...

Hey, stop posting this nonsense on every blog and website in Malaysia. Sheesh.

Anonymous said...

Salam,

C'den.. apa soklan yang hang tanya kat dia? Hang tak claim balik ka kat dia hari2 hang yang terbuang sebab kena lokap dulu.. claim mileage.. claim kena aib lagi.. heheh..

Lagi.. ada sapa2 jerit RE-FOR-MA-SI tak ari tuh?

Makkal sakhti!

Mie memba hang

wanrosaini said...

Din,
Sejarah akan mengadili Tun dengan fakta sebagaimana pemimpin dunia terdahulu di adili. Tun layak di gelar negarawan, tiada keraguan tentang itu. Tun layak juga di gelar pemimpin zalim, maha atau tidak cuma sekadar singkatan nama Tun sahaja. 22 tahun adalah tempoh pemerintahan yang mempunyai warna cantik dan hodoh, bergantung kepada pemilik deria lihat. Yang amat ketara ialah Tun cuma mahu pamerkan warna kelabu, kerana campuran hitam atau putihnya hanya Tun yang tahu. Tun masih enggan melihat kebenaran kerana warna kebenaran tidak jelas hitam atau putih. Sayang sekali Tun tidak cenderung pada yang putih, warna kain yang bakal membaluti tubuh tatkala segala daya tipu tidak lagi mampu membantah urusan yang Esa.

Unknown said...

alahai fudzail
dendam kesumat boleh bawak ke syurga ke??? Konon benci Tun tapi jilat pungkok Anwar Berahim .. aku pun boleh cakap aku meluat dgn Anwar yg gila kuasa tapi aku tak sampai nak dendam & benci melampau lampau ... setakat politik cuma mainan duniawi, ingat ingat lah mati

Unknown said...

Ah aku lupa nak cakap, aku pun kerja kat obersee, kerja dgn company swiss hebat, aku pun pernah kena layan beberapa menteri yang aku tak berkenan, tapi aku tak kuasa nak jadik Melayu yg negatif. Apa yg baik aku layan, yg tak baik aku tinggal, aku lagi suka bersangka baik aje. Leceh la kalau politik sampai membara benci, mcm budak kecik ... tak sedo diri kat obersee pun kadang kena buli dgn bangsa asing kah kah kah

Anonymous said...

Tun sokong Manchester United atau Manchester City?

Haha.

Roti Kacang Merah said...

Salam OKT Din ;-)

Seingat saya, OKT Zunar juga beranggapan YANG SERUPA dengan Pejuang Fudzail -- Selagi TUN tak bertaubat, selagi tu benci membara.

To me, he's still a real great statesman in his time. I once idolised him... zaman muda dulu lah. Tapi perkara-perkara yang dia buat salah tetap salah. Lainla kalau dia tu bapak kandung kita, kan? I quote OKT Zunar: Sebanyak mana jasa, masih tak boleh dibiarkan menutup dosa.

gambar-gambar you guys dgn dua-dua Tun tu kena simpan, tu... boleh jual masa waktu sengkek, haha

Anonymous said...

kasi intro la ttg gambar-gambar tu

Anonymous said...

saya kawan din

yup...soalan ditukar sebab kena kuis kat sebelah.... but anyway, soalan tu dah ditanya dalam bbc hardtalk http://www.bbc.co.uk/iplayer/page/item/b00b464d.shtml?src=ip_ra jadi, tak terkilanlah sangat...

Anonymous said...

Tun M was always ahead of his time and a true visionary. It was a great pity that such a great man could have chosen such a disappointing end to his legacy. Where his integrity was compromised leaving many to question his whole leadership.
Well good on you Din for asking those questions as it is your right to do so. Don't let anyone else tell you otherwise.

Emmer,

I don't get it- everything you claim is a direct contradiction to what you're saying.

Anonymous said...

Woi Atan, ini orang kampong kau..
Siut kau, gambo sebelah Tun sambil senyum lak tu... Hilang semua status OKT kau dulu tu... Kau tak pulang balik Batu yang kau dituduh nak baling Tun ka... Ini macam senyum Tun Salleh dah dapat Hadiah Pampasan atas Silap Tun yang lalu..

Itu lah dia, Tun nak tutup dosa dengan asik salah kan orang lain.. Kesian Pak Lah...

Mmmmmmmmmmm.........

DIN said...

Malaysia hilang saornag negarawan semalam.

Semoga roh Rustam Sani, anakanda kepada pejuang kemerdekaan negara ditempatkan bersama para solihin.

Entry terakhir Allahyarham, merumus kepada rupa sebenar tokoh negara:

"Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila

Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau

malah urutan dan tertib hujah yang siuman."

Entry penuh disini
http://karya-merdeka.blogspot.com/

Al-Fatihah

Anonymous said...

Emmer,

Everybody should have the rights to criticise our leaders, present or past. However we shouildn't hate them personally as they all want to make this country a better place in the future for the next generation.

Your criticism of Fudzail was I thought a bit personal and harsh and I think uncalled for. Your action is contrary to what you have said earlier.

Fudzail is balance in his criticism and DSAI also gets his rants ,when his policy is off line.

As for Atan ,I think it is fair and gentlemanly of him to pose with Tun as he is an elderly statesman.As the saying goes "We can criticise our father for his ideas and actions but we must love him for what he is"

FH

DIN said...

kepada tuan doktor...
setuju!

saya bukan benci pada TUN, cuma tidak setuju dengan beberapa perkara.

saya juga setuju dengan pandangan OKT zunar: Sebanyak mana jasa, masih tak boleh dibiarkan menutup dosa.

kepada kak teh,
sambungan dari cerita kita pasal karipap di penthaus menara tertinggi di manchester, ni dia capital karipap di saratburi
http://austinbushphotography.com/2006/07/puff-piece_13.html
dan disini wikipedianya http://en.wikipedia.org/wiki/Curry_puff

pada fudz,
ada lagu lama tak ingat sapa penyanyinya, goes somehing like this:
geram, jangan engkau geram,
geram bermacam ragam...

kepada rd,
memang seronok ingat-ingat balik cerita lama... :)

kepada yg ada jugak dalam dewan,
si kawan din tu mula-mula nak tanya TUN sapa aganya menang F1..hahaha

kepada pewaris reformasi,
memang saya hormat dan sanjung segala jasa TUN, tapi hati puas tengok dia terkebil-kebil menjawap soalan saya, yang nyata menjatuhkan lagi kredibiliti-nya

kepada ross,
betul tu..macam zunar bilang,
Sebanyak mana jasa, masih tak boleh dibiarkan menutup dosa.

kepada fansuri, (cantik nama...)
maaf tak ada mp3.

kepada orangg sungai lurus,
celaka kau biawak!

kepada muhaimin,
peh, wa raspek misai dan janggut mu!

kepada jetmie,
aku ajar jugak anak aku supaya sebut reformasi masa bagi bunga kat tun asmah, tapi orang rumah bilang, jangan la bikin kecoh...
kita orang melayu, kaya budi bahasa, dan hormat tetamu.

kepada encik kucing gemuk (fat cat),
shaik, ini blog aku punya, suka aku la nak tulis apa! muhahaha

kepada enche shawn dari liberpool,
sudah aku cerita dalam email pada kawan-kawan

kepada fairuz,
sayang umi...hehehehe

Kok88Seong said...

Cool, you got photo with Tun. Your wife & daughter in the above photos?