Monday, February 25, 2008

Jemput-jemput hujung minggu

Bubuh tepung gandum, potong bawang besa kasar-kasar, garam sesedap rasa, tuang air, godak sampai sebati. Goreng dalam kuali.

Kurang setengah jam, dah boleh makan.

Cicah dengan lamb kari lebih lauk malam tadi.

Sunday Meggi

Sunday is so, so special in many ways.

Salah satu kewajipan sunday is my meggi mee breakfast.

2 bungkus meggi kari, bawang putih dan bawang besar ditumis dulu, lepas tu telo sebijon, cili padi secukup rasa.

Peh... heavenly beb...heavenly...

Menu Lunch Tapau Satu Minggu

Isnin: Nasi Lemak sambal sotong & ayam kunyit

Selasa: Sayur lemak lodeh & baguette

Rabu: Asam pedas tenggiri daun kesom & toast

Khamis: Kari ayam & toast

Jumaat: Karipap 15 ketul

Wednesday, February 20, 2008

Panjat tangga ketempat kerja

Sekarang dah nak masuk hujung bulan dua tahun kosong lapan.

Salah satu cita-cita aku hujung tahun lepas ialah untuk mengunakan otot-otot yang ada lebih sikit maklum la... dah masuk kategori otai, senang sagat nak sengal sana, sengal sini.

Strategi aku ialah park jauh-jauh skit. Jadi masa nak menapak ke opis tu mengambil masa lebih dari tahun lepas.

Opis aku kat tingkat lima, jadi tabiat untuk naik lif tahun lepas aku tukar untuk panjat tangga.

Menggigil jugak la kepala lutut mula-mula tu. Baru lima tingkat, bila sampai atas dada rasa macam nak pecah, tercungap-cungap. Siap peluk tiang sebab nak kontrol balance...ish..memang tak fit langsung.

Sekarang ni dah kira steady skit, pancit jugak, tapi kurang dari bulan lepas.

Ada yang rekomen pi masuk gym. Aku paling tak percaya bab gym ni, bukan-nya apa, aku ni malas ya amat. Nanti bayor mahal-mahal, pegi-nya ada 2 kali setahun.

Baik aku panjat tangga, tak kena duit... Yang canteknya kat sini, walau pancit panjat tangga, tak la basah kuyup baju kena mandi peluh... cuma suam-suam susu jer.

Tuesday, February 19, 2008

RASSA sekitar London








Friday, February 15, 2008

Light


Do not go gentle into that good night,
Old age should burn and rave at close of day;
Rage, rage against the dying of the light.
Though wise men at their end know dark is right,
Because their words had forked no lightning they
Do not go gentle into that good night.

Good men, the last wave by, crying how bright
Their frail deeds might have danced in a green bay,
Rage, rage against the dying of the light.

Wild men who caught and sang the sun in flight,
And learn, too late, they grieved it on its way,
Do not go gentle into that good night.

Grave men, near death, who see with blinding sight
Blind eyes could blaze like meteors and be gay,
Rage, rage against the dying of the light.

And you, my father, there on the sad height,
Curse, bless me now with your fierce tears, I pray.
Do not go gentle into that good night.
Rage, rage against the dying of the light.

Dylan Thomas

Thursday, February 14, 2008

Transformer

Danny, rakan sekerja aku sangat kemarok dengan transformer. Dia memanifastationkan kecintaan-nya dengan robot-robot dongeng tu dengan topeng ganas satu hari kerja.

Menapak ke tempat kerja

Disebabkan kereta aku masuk garage, terpaksa lah naik tren pergi kerja.

Kena keluar rumah sejam dari biasa sebab kena naik bas, turun bas, naik tren, turun tren, lepas tu bas lagi...baru boleh sampai tempat kerja.

Disebabkan tren awal, tak la sesak sangat. Banyak ruang untuk merasa selesa.

Apabila sampai jer kat Birchwood stesen, aku turun dengan konfiden dan terus beratur untuk menunggu shuttle bas nak ke Chadwick House.

Aku pernah naik bas ni dulu, free... tak payah tunjuk pas ka, ticket ka - tapi kali ni macam sudah jatuh di timpa tangga.

Bila bas sampai aku naik dengan selamba. Tau-tau mamat driver tanya mintak bas pass aku, alamak... mana ada. Aku tanya, bole beli tiket ka? Dengan kerek dia suruh aku turun.

Sebab opis aku tengah-tengah hutan, memang tak ada bas lain... Selepas bertanya kat pegawai stesen tren tu agak-agak jalan mana nak menapak ker opis aku, aku pun mengatur langkah seribu.

Aku pernah dengar orang kata ada short cut nak kesana... aku mana tau. Phone number budak-budak opis dalam handphone lagi satu...

Puas aku redah, main masuk lorong sana, masuk lorong sini...semua salah.

Aku pon tekad, patah balik, ikut jalan motorway... mak datuk, dah la malam tadi frost, rumput semua basah, tak ada proper walkway pulak tu.

Aku main sembarang jer, lintas-lintas jalan. Lori besar-besar beb...ish...

Lebih kurang sejam setengah aku menapak, sampai jugak kat opis. Kasut basah, peluh gila, dah lama nak menapak jauh-jauh. Penat ya-amat... menyumpah aku pagi-pagi.

Wednesday, February 13, 2008

Simple yang susah

Aku suka-kan benda yang simple.

Runga lingkup simple yang aku suka-kan amat luas. Dari makanan simple kegemaran aku, telor goreng dengan kicap, kepada kesimple-an keterampilan diri.

Ni ada contoh pengkarya agong kegemaran aku. Work dia - mak datuk, simple... tapi beb...kalau kau tak ada imu, tak boleh buat... aku dah terai...sekali..sepuluh kali...puluh-puluh kali...
tak dapat nak zahirkan kekonfidenan mamat ni bemain dengan garisan dan negatif / positif.


Dalam bertahun tahun aku mencuba, aku rasa nak menghasilkan benda yang paling simple, adalah benda yang paling susah dalam dunia.

Dulu ada saorang pereka hensem, ala-ala anak mami be-kerja sebumbung dengan aku. Dalam banyak-banyak perkara kurang bijak yang dia buat, salah satunya ialah meng-kategorikan aku sebagai 'master of simplicity'- apara...aku master perut gendut bole la...

Beb, nak tau sapa tru master...ni ha...Evan Hecox

Monday, February 11, 2008

Bagaimana rakyat Amerika berbelanja

Klick untuk gambaran lebih besar. Sumber dari The New York Times.

Sunday, February 10, 2008

Cerita dari utara

Dalam banyak-banyak cerita dongeng dikaca tv, cerita tentang kampung terpencil di Cicely, Alaska adalah cerita yang paling menambat hati. Lawak-lawak bernas dan karektor-karektor selamba - dari angkasawan pencen, doktor yahudi, juruterbang wanita dan beberapa red indian. Karektor favourite aku ialah saorang dj bekas penghuni penjara yang petah berkata-kata.



Bicara tentang cahaya:


Kita buta:

Q: Kenapa ek? A: Belasah jer....

Bersukan dan makan di Manchester

Hari ni, Manchester games 2008.

Pada masa athlit-atlit sedang berentap di dalam dewan dalam acara masing-masing, kami berentap di luar dewan menikmati juadah tradisional seperti nasi lemak, bubur kacang dan teh tarik.


Gambar atas - Umi dan kakak sedang menikmati nasi lemak yang dibawa khas dari Liverpool. Gambar bawah - kakak sedang mengganas dengan bubur kacang mak cik dayang.


Saturday, February 9, 2008

Chak!

Menampal senyuman sekitar Manchester.













Berbulu tahap dewa...

Kereta aku buat hal lagi...Start meragam semalam. Semalam turn aku bawak kereta pegi semayang Jumaat. Ada 4 kutu Warington naik sekali.

Masuk M62, perah, punya perah, kereta tak pegi jugak. Lori 50 tan potong dengan senyum jer. Aduh... aku cakap dalam hati - dia buat hal lagi ni...

Hari sabtu yang cantek, satu pagi aku pusing town carik workshop (orang sini panggil garage).

Dapat sebut harga, tiga-empat rat..mak oii, dekat sama harga tiket kapal terbang balik Malaya. Memang suey btul....

Ibu segala ubat


Kakak tegolek tadi. Lepas turun dari kereta, terus berlari kepintu rumah, konon-konon nak race sapa sampai dulu.

Seperti kebiasaan selepas tergolek, perlakuan melalak adalah satu cara untuk menzahirkan kesakitan dan malu sebab tak dengar kata.

Tapak tangan calar sikit tergesel tarmac jalan.

Nasib baik ada minyak gamat.

Personally aku ni memang peminat setia minyak gamat, dan akan mensyorkan kegunaannya untuk apa jua situasi.

Gatal - sapu minyak gamat, luka- sapu minyak gamat, terkehel - sapu minyak gamat, terkena minyak panas - sapu minyak gamat, bintat - sapu minyak gamat, lenguh-lenguh bintat - sapu minyak gamat, etc..etc..etc...

Walau beribu batu dari tanah air. Solution-solution popular tetap segar dan hidup subur di bumi asing.

Petua untuk menyusahkan hati

Thursday, February 7, 2008

Kadang - kadang


Encek Stefan bermain dengan lampu.

Layan tangan - 2

Kerja kuat, jangan kerek

Tuesday, February 5, 2008

Jendela dunia

Dari 2006, pembaca harian The Atlantic telah berkongsi pemandangan dari jendela serata dunia.

Tak payah nak jauh berjalan, luas pemandangan. Klick zoom in, klick zoom out - kurang sejam dah boleh cover segala pelusuk benua.


Hantar pemandangan jadi jendela korang ker andrew@theatlantic.com, sertakan juga lokasi dan pukul berapa gambar diambil. http://windowviews.theatlantic.com/

Monday, February 4, 2008

RASSA sayang hey!

Petikan dari blog adilfitri:
Pernah seketika dahulu saya berjinak-jinak dengan pergerakan menampal pelekat - sebuah cabang street art, sekiranya istilah itu benar wujud. Reka watak, cetak atas kertas pelekat, merayap dan tampal di ceruk-ceruk urban- “bombing“, kata orang tua-tua. Teknik ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menceburi street art, tapi kurang mahir mengawal picu semburan cat. Ia juga berkesan untuk perletakan yang lebih sulit. Sekiranya “throw-ups” dan “pieces” lebih mengutamakan penerampilan yang lebih menonjol, pelekat adalah berskala lebih “intimate“. Aspek inilah yang menarik bagi saya.

Dengan melekatkan sekeping seni mini di celahan bandar, pada mulanya pasti tampak janggal. Namun bagi saya, sentuhan ini bagai menyatakan pada pelalu-lalang: “hey! sedarkah kamu akan ceruk ini yang kamu tempuhi tiap hari? sedarkah kamu akan benda-benda kecil di sekeliling kamu?“. Sekurangnya, itulah yang dibisikkan sebelum ia diumpil oleh pekerja kebersihan. Tetapi kegiatan ini sudah lama saya tinggalkan. Sebaliknya, rakan-rakan se-”bombing” dulu semakin mahir, semakin terasah bakat mereka (ada yang ke peringkat antarabangsa!). Syabas buat mereka, ketekunan mereka saya kagumi beserta iri.
Bila difikirkan, banyak juga perkara yang saya tinggalkan bersama KL.

Tapi, hey! Di tempat baru, RASSA lah benda baru, kan?

Sila mampir http://adifitri.com/blog/?p=236

London





Manchester

Penyamun tarbus

Walau banyak jasa membangunkan negara dan bangsa, saorang putera jawa pergi ke menemui tuhan dengan label penyamun ter-ulung di dunia.

Petikan dari Economist,
IN THE summer of 1998, just after the fall of President Suharto, the United States Treasury detected some odd movements of large sums of money, allegedly $9 billion, to a bank in Austria. The money was his. Or rather it was a small part of the billions he was said to have screwed out of Indonesia between 1966 and 1998, when he had held absolute power there. At one point Mr Suharto was the sixth-richest person in the world. Indonesia—though he had modernised this sprawling mass of archipelagoes and islands, paved it, brought foreign investors in and promoted an economic boom—was the poorer. Baca artikel penuh.

Sunday, February 3, 2008

New member to the family

Sebulan lepas, tambah lagi sorang British born Malaysian kat Manchester. Hari ni, Mat Syakir dengan ibu dan nenda-nya berangkat ke Malaysia untuk ambik angin kat sana.

Lepas balik dari airport, ayah Mat Syakir dan keluarga Pak Cik Marfin datang makan kat rumah. Hari Ahad biasa hari Nasi Lemak, sebab Pak Tam Syakir memang kemaruk nasik lemak. Dalam buku Pak Tam, selain karipap, Nasi Lemak is one of Melayu greatest invention. It is soo simple, yet soo smashing. Sambal, kacang, telor dengan timun - perfect, yang lain-lain tu bonus jer.



Pak Tam in the zone. Dulu masa bekerja di Kuala Lumpur, almost tiap-tiap pagi Pak Tam cekik nasi lemak. Pak Tam selang hari beli dari 3 kedai favourite sekitar KL. Satu hari kat warung nasi lemak hilton belakang genting, esoknya kat kg baru - tepi bank industri, lusa kat brader van merah depan wisma antarabangsa.

Cycle ni cuma tergangngu bila tiba bulan puasa...

Krispy Kreme

Semalam Rina talipon, "Jom makan donut kat Old Trafford...".

Lepas solat zohor, kitorang pon drive tru highways and by ways untuk menikmati salah satu ikon terbaru dari negara seberang yang dah mula bertapak di bumi inggeris ni.

Excerpt daripada satu pecita kuih keria yang ber-asal dari Amerika "Krispy Kreme, is one of nature's most divine foods: the hot glazed Krispy Kreme doughnut. Does a simple glazed doughnut deserve tributes and accolades? Only if the magnificent craftsmanship of a Stradivarius violin, a jeweled Faberge egg or a Pierce's Pitt Bar-B-Que Jumbo with slaw does".


Hi, you come here often? Look at those donuts, it rocks man...

Salah satu tarikan, ialah pengunjung boleh tengok process pembuatan donut behind a glass wall. Simple idea, tapi lots of fun, and works as an attraction in itself.

Dia orang ni mula bukak kedai tahun 1937. Sekarang roughy jual berjuta-juta donut and last year, bag in half a billion USD revenue with 88 milion USD net income. Not bad beb, jual donut jer.

Memang kaw, punya sedap sampai tecekik kat lobang idung. Tapi manis dia ya-ammat. Tak boleh makan selalu ni, mau terabur gigi aku di buatnya. Kakak makan dalam tiga setengah ketul, melompat-lompat sampai malam penangan gula.

Saturday, February 2, 2008

Snowing in Manchester


Salji mula turun dari malam tadi. Angin kuat dan cuaca tak menentu dari semalam. Nampak gaya cuaca yang sejuk akan lebih menyejukkan hingga ke tulang. Brrr....


Patriotik tu beb. Sticker bendera tu beli kat Sungai Wang. Sticker RASSA tu kekanda Padin buatkan kat Pudu.



Ayah + Kakak + Umi = One happy family

Friday, February 1, 2008

Harta Dunia, saham hereafter


Aku dulu kecik-kecik mengaji puas kena rotan.

Hanger baju tu berdozen dozen kot patah. Nangis la lagu mana pun, naik kuyup mukadam aku. Ngaji tetap ngaji, tarak excuse.

Yang best malam jumaat, sebab cuti, or kalau ada orang datang rumah malam-malam, best...tak payah ngaji.

Sekarang dah tak boleh nak main rotan suka-suka, nanti tak pasal-pasal jadik kes dera.

Aku pun dah berkarat dah lama tak baca. Opportunity ajar anak sendiri every night macam warm up balik benda-benda basic ni.

Cobaan pau Thaksin yang gagal


Dalam 2 tahun lepas masa mula-mula berhijrah ke pulau imperialis ni aku dapat assignment for some design work kat London. Opis dia kat belakang tub stesen Bayswater.

Aku usha-usha kat Malaysia Hall kalau ada sapa-sapa yang sudi nak bagi aku tidur bawah tangga ka, depan bilik air ka, tapi sorang pon tak kuasa...

Gua tak dek hal, backpacker hostel keliling Bayswater melambak. Aku pon cek in kat the same hostel yang aku duduk 2 tahun sebelum tu, masa aku singgah London dari Paris atas urusan kerja.

Aku book bilik paling murah sekali, sebab nak letak kepala jer, tak payah fancy. Dorm muat 16 katil. Syok jugak lepak dengan ramai pengembara dari segala pelusuk dunia.


Ritual biasa bila balik kerja, masuk dapur tunggu turn untuk masak. Dapur ada satu jer, pengembara ramai... so kena beratur la skit. Menu biasa aku masak meggi, bubuh telor 2 bijik. Memang favourite tuh.

Satu malam ni, ada 3 pengembara dari Spain dengan sorang dari Jerman baru sampai tanya -tanya aku mana tempat menarik keliling London. Lepas makan sambil borak-borak dia orang ajak pekena kopi kat luar. Aku biasa malas nak ronda-ronda ni, dah la sejuk, penat pon ada. Tapi aku layan jer la.

Kona kiri, kona kanan jumpa la satu watering hole ni. Mula-mula masuk aku macam terperasan satu mamat ni. Muka dia familiar gila. Dia tengah layan syaitan tonik dengan member-member di-iringi dengan gelak ketawa. Usha punya usha, muka tu pon terus register dalam kepala otak aku - 'eh, ini taksin ni..'


Aku pun jadik tak senang duduk, excited semacam. Kutu-kutu pengembara yang pusing-pusing dengan aku ni pelik, apahal la melayu sekor ni.

Aku pon tunjuk la kat dia orang dengan gaya yang kontrol gila, aku tanya doa orang kenal tak sapa tu.

Tapi sebab pengembara-pengembara ni tak sekolah tinggi, jangan kata taksin, siam pon dia orang ak tau kat mana!

Aku pon mengatur strategi untuk carik pen dengan napkin dengan niat nak mintak otograph. Mamat ni baru sebulan dua kena buang kerja, campur buang negara. Dia tengah meeting kat New York, askar rampas kuasa. Terus tak boleh balik.

Dalam zaman mega-mega mergasatwa ni, mamat ni kekayaan dia melebihi normal jutawan. Dia ni bilion-wan.

Aku budget, kalau dia sign napkin aku ni, nak la pau sejuta dua, mana tau, syaitan tonik dah naik kepala... untung nasib dia bagi, tak cuba tak tahu!

Setelah menarik napas beberapa kali, dan mengontrol ke-excited-tan aku, aku pon approach la taksin. Aku kata 'Sir, can I have your otograph?'.

Nak dipendekkakn cerita, kalau dia bagi sejuta dua, seperti yang aku plan. Tak ada la aku nak tulis blog macam ni.

Moral of the story: nak duit carik sendiri :)